CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 0

[Sarawak] Pemilik boleh ambil tindakan jika harta intelek diguna tanpa kebenaran

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode


Henry Sum (depan, empat kiri) Ladin sertya yang lain merakamkan kenangan pada Seminar Pemerkasaan Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran SMA di Lawas, pada Khamis.

LAWAS: Pemilik harta intelek boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang menggunakan harta intelek mereka tanpa kebenaran tuan punya sebenar.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan memastikan segala hak harta intelek yang dihasilkan oleh agensi-agensi kerajaan Sarawak dan komuniti di Sarawak dilindungi agar dapat dimanfaatkan untuk menjana pertumbuhan sosioekonomi Sarawak.

"Sarawak mempunyai banyak produk tempatan yang telah didaftar di bawah hak harta intelek melalui petunjuk geografi yang berjaya menembusi pasaran global seperti Lada Sarawak, Ikan Empurau Sarawak, Midin Sarawak dan Beras Bario.

"Kita di Lawas juga memiliki produk-produk unik yang perlu segera dikenal pasti dan didaftar di bawah perlindungan hak harta intelek seperti Ikan Tahai Lawas, Garam Bukit dan Beras Adan.

"Saya berharap SMA bersama Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Lawas segera mendaftar Garam Bukit Lawas dan Beras Adan di bawah perlindungan hak harta intelek," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Seminar Pemerkasaan Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran SMA di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Henry Sum berkata, pembaharuan dalam persekitaran ekonomi, sama ada di dalam negara, serantau mahupun antarabangsa telah meletakkan harta intelek sebagai elemen penting dalam perkembangan perniagaan.

"Harta intelek tidak lagi menjadi 'protecti e legal shield' semata-mata, malah mempunyai fungsi sama seperti harta ketara lain iaitu boleh diperdagangkan atau dilesenkan dengan nilai yang tinggi," jelasnya.

Kata beliau, pendaftaran harta intelek di bawah undang-undang berkaitan, pemiliknya akan mendapat hak eksklusif untuk mengawal dan mengeksploitasi harta intelek mereka dan ini termasuklah hak untuk membuat, mengguna dan menjual.

Justeru, Henry Sum juga mahu SMA meningkatkan kekerapan mengadakan program pemerkasaan harta intelek bagi memastikan komuniti setempat tidak ketinggalan serta turut diberi pendedahan serta latihan mengenai kepentingan harta intelek dalam nemacu transformasi sosioekonomi mereka.

Pada masa yang sama, beliau mahu Perkhidmatan Awam Sarawak di Daerah Lawas meningkatkan pengetahuan dalam hal berkaitan harta intelek dan terus berinovasi serta mencari idea-idea baharu dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan menerusi inovasi-inovasi yang dilaksanakan.

Hadir sama majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Unit Pelesenan, Inspektorat dan Penguatkuasaan SMA Steward  Sayong dan Pegawai Tadbir dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak Jabatan Premier Sarawak Zawawi  Rambli.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list