CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 0

[Sarawak] RM1.7 juta untuk tambah baik fasiliti di kawasan air terjun Kampung Sebako

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:45 PM | Show all posts |Read mode


Billy (empat kiri) bersama yang lain merakamkan kenangan di air terjun Sebako.

KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar memperuntukkan RM1.7 juta untuk menambah baik fasiliti di kawasan air terjun Kampung Sebako, Lundu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata, antara fasiliti yang akan disediakan ialah gazebo, laluan trek dan tangga untuk pejalan kaki.

Menurut Billy, beliau telah mengadakan lawatan ke air terjun tersebut pada Rabu lepas untuk mengenal pasti lokasi yang perlu disediakan fasiliti tersebut dan kemudahan yang perlu dibaiki.

Seramai 58 orang terlibat dalam lawatan tersebut termasuk pegawai daripada Jabatan Hutan, Majlis Daerah Lundu, Agensi Penyelaras Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), Pejabat Daerah Lundu, Jabatan Penerangan dan lain-lain.

Billy berkata, kawasan air terjun Sebako adalah satu tempat yang sangat menarik bagi aktiviti ekopelancongan.

Dengan peruntukan tersebut, beliau berharap fasiliti di kawasan air terjun Sebako dapat ditambah baik dan berupaya menarik lebih ramai pengunjung.

"Meskipun memenatkan, namun lawatan tersebut adalah satu perjalanan yang menarik.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam lawatan ini dan kita akan adakan satu lagi lawatan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bersama dengan pakar teknikal," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list