CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak berpotensi menjadi pemain industri pertahanan negara

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:48 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (tengah) merakamkan kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Mohd Sofi (kiri) yang ditemani Kolonel Mohd Rizman Ramli (kanan).
KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi pemain industri pertahanan negara berdasarkan kemajuan yang dicapai masa kini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, potensi itu sangat besar kerana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut berpandangan luas dalam memperkasakan pertahanan di Sarawak, selain memajukan ekonomi negeri ini.

"Kita rasa sangat bertuah kerana melalui Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak, ia membantu kita untuk mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini pada Jumaat.

Mohd Sofi berkata, Tun Wan Junaidi turut menzahirkan hasrat supaya sektor pertahanan di Sarawak ditingkatkan dan menyumbang kepada pertahanan negara.



Dr Wan Junaidi (tengah) ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi sejarahwan dari Sarawak dan Kelantan yang diketuai oleh Dr Mustafa Ahmad (tiga kiri).
"Mengikut hasrat Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi tadi, dengan perkembangan kita di Bintulu serta perkembangan kita di Sarawak dari segi ekonomi hidrogen dan sebagainya, saya berkeyakinan kerajaan Sarawak akan mempunyai satu rancangan yang besar untuk menyumbang kepada industri pertahanan negara," ujarnya.

Tambahnya, kunjungan tersebut turut bertujuan bagi menjemput beliau hadir pada Pameran Pertahanan dan Keselamatan Asia (DSA) Edisi Ke-18 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Mei 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

"Pada edisi kali ini, pihak penganjur menjangkakan penyertaan lebih daripada 50,000 pelawat dari lebih 70 negara melibatkan 1,200 pempamer.

"Selain itu, dijangkakan sebanyak 400 delegasi luar dari 45 negara yang merangkumi menteri, kepimpinan tertinggi angkatan tentera, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan dari dalam dan luar negara akan turut hadir," ujarnya.

DSA merupakan acara dwitahunan terkemuka dalam industri pertahanan dan keselamatan di rantau Asia.

Ia menjadi platform penting untuk pemain industri dari seluruh dunia berkumpul, berinteraksi dan berkongsi pandangan dalam memperkasakan industri pertahanan global serta menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Sementara itu, Tun Wan Junaidi turut menerima kunjungan daripada rombongan sejarahwan dari Sarawak dan Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Semerak Jajahan Pasir Putih Kelantan Dr Mustafa Ahmad.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list