CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan bantu waris mangsa tragedi helikopter, kata Nancy

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:49 PM | Show all posts |Read mode


Nancy menyantuni ahli keluarga waris mendiang Joanna ketika menziarahi mereka di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian pada Jumaat.
KUCHING: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu waris mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa lepas, termasuk keluarga mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia sebagai usaha meringankan beban waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

"Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan awal sebanyak RM10,000 di mana setiap keluarga waris akan menerima bantuan berkenaan.

"Bagi kita di KPWKM pula, bantuan disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sejumlah RM3,000 bagi setiap keluarga yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menziarahi keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian pada Jumaat.

Jelas Nancy, program ziarah daripada pihak kementeriannya itu bertujuan memberi bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa.

Selain bantuan kewangan katanya, bantuan lain yang diberikan ialah bantuan makanan dan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mendiang sekiranya diperlukan.


Nancy dan rombongan kementerian merakamkan kenangan bersama-sama waris keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Santubong itu memberitahu, beberapa kementerian yang berkaitan juga diberi tanggungjawab bagi membantu waris mangsa tragedi tersebut.

"Pengagihan tugas mendapat persetujuan oleh kementerian berkaitan bagi memastikan keluarga mangsa mendapat bantuan yang sewajarnya," tambah beliau.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ujarnya, akan membantu dari segi menanggung kos pengajian mereka dan memberi khidmat kaunseling untuk anak mangsa yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Begitu juga bagi anak-anak mangsa yang masih bersekolah di mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan kaunselor bagi membantu memulihkan semangat mereka," katanya.

Dalam pada itu, Nancy menambah pihaknya dari KPWKM juga menawarkan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan.

"Dari masa ke semasa, kaunselor kita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di Serian ini akan sentiasa menghubungi mereka," jelasnya.

Beliau semasa kunjungan itu turut mengambil peluang untuk berbual dan menyantuni suami, anak dan ahli keluarga mendiang Joanna yang lain sebelum berangkat pulang.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Nordina Haron.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.405484 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list