CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga asing masuk secara haram dipenjara empat bulan dan sebatan

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode

MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen setelah mengaku bersalah masuk ke negara ini secara haram.
   
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah  selesai menjalani hukuman penjara kelak.
   
Wakidi, 44, dari Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan, sekitar jam 7.15 malam, 17 April lalu, sepasukan anggota polis yang membuat pemeriksaan di hadapan sebuah lot di Jalan Palma Piasau di sini telah menahan seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki warga asing.
   
Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang merupakan warga negara Indonesia gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkannya memasuki dan tinggal di negara ini.
   
Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
   
Di hadapan mahkamah, kesemua tertuduh merayu hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertama mereka.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ihsan Jalaluddin di hadapan Hakim Azreena Aziz.
   
Sementara di Mahkamah Majistret, tertuduh didenda RM900 atau dua minggu penjara kerana kesalahan bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.
   
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1952 yang memperuntukkan denda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan ditempat sama dengan kesalahan pertama.
   
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping di hadapan Majistret Randu Rangen.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list