CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 0

[Sarawak] Dua sekawan curi kuali, alat penunu dipenjara tiga bulan

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Gara-gara mencuri kuali dan alat penunu, dua sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret.
   
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambilkira kepentingan awam.
   
Selain itu, mahkamah turut mengambilkira syor hukuman yang dicadangkan oleh mesin kecerdasan buatan (AI).
   
Mohammad Nazri Abd. Jalil, 26, dari Kampung Muhibbah, Kuala Baram dan Haszuan Ridzuan, 24, dari Kampung Pengkalan, Lutong di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.   
   
Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh didapati telah mencuri sebuah kuali besar dan sebuah alat penunu yang merupakan kepunyaan seorang wanita.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 10.44 malam, 20 April lalu di sebuah kedai makan di Pusat Komersil Saberkas di sini.
   
Di hadapan mahkamah, Nazri yang bekerja sebagai tukang potong rumput merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya. Tambahan dia telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
   
Manakala Haszuan yang bekerja sendiri turut merayu hukuman ringan memandangkan ini juga merupakan kesalahan pertamanya.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/26/dua-sekawan-curi-kuali-alat-penunu-dipenjara-tiga-bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049622 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list