CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6416|Reply: 0

[Tempatan] PRK KKB: Pemuda MCA kongsi video lama calon DAP kecam BN

[Copy link]
Post time 26-4-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
PRK KKB: Pemuda MCA kongsi video lama calon DAP kecam BN

https://www.malaysiakini.com/news/703695

Diterbitkan:  Apr 26, 2024 2:43 PM
Dikemaskini: 1:43 PM



Ketua Pemuda MCA Ling Tiang Soon berkongsi di media sosialnya video lama calon DAP Pang Sock Tao membidas BN.

Ling menujukannya perkongsian itu kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.

“Lokman, ni adalah ucapan calon DAP di Kuala Kubu Bharu, apa pandangan anda?

"Calon yang sehingga kini masih mengutuk BN dan segala salahnya BN.

"Tak habis-habis BN dimaki. Tak sudah-sudah MCA dikutuk," katanya, sebelum menegaskan pendirian MCA untuk tidak berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) itu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga merupakan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional berkongsi hantaran Ling.

Semalam, Lokman menggesa MCA membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam kerajaan perpaduan.

"Kalau mereka mahu dilayan dengan adil, maka mereka juga perlu menyumbang mengkukuhkan kerajaan perpaduan.

"Saya percaya MCA perlu membuat keputusan sama ada mereka nak berada dalam kerajaan perpaduan atau mereka boleh berada dengan sesiapa sahaja," kata Lokman.


Calon DAP Pang Sock Tao

Video yang dikongsi Ling mula-mula dikongsi ketika tempoh berkempen semasa pilihan raya umum (PRU) lalu di mana Pang, yang merupakan pembantu kepada pemimpin DAP Nga Kor Ming, sedang berucap dalam satu ceramah.

Antara lain, Pang berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap Malaysia kerana pemerintahan BN.

Adakah MCA sokong PN?

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Saw Yee Fung, yang sedang melanjutkan pengajian kedoktorannya di China, menyatakan di media sosialnya bahawa dia akan kembali untuk mengundi bari pilihan raya kecil (PRK) pada 11 Mei ini dan mengingatkan pengundi supaya tidak mengundi “roket” yang menjadi lambang DAP.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lee Chin Chen mempertikaikan kenyataan kedua-dua pemimpin Pemuda MCA itu.

Mengenai isu video itu, dia berkata Ling kelihatan mengalami “amnesia” (penyakit lupa) kerana umum mengetahui PH dan BN adalah seteru semasa PRU lalu.

“Dia (Ketua Pemuda MCA) mempamerkan kejahilannya dengan berkongsi video lama. Semua orang tahu tentang keadaan itu. Tetapi perseteruan diketepikan untuk membentuk kerajaan perpaduanbagi matlamat pembangunan negara yang lebih besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Lee juga menuduh Ling menyunting video itu dan memasukkan sari kata dalam Bahasa Melayu untuk menimbulkan perbalahan dalam kerajaan campuran.

"Dia membantu kempen pilihan raya PN dan ini nampaknya berkesan memandangkan MB Kedah telah berkongsi hantaran itu," tambahnya.

Begitu juga, Lee berkata Saw memberitahu pengundi untuk tidak menyokong calon DAP juga boleh ditafsirkan sebagai membantu PN.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.127944 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list