CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6414|Reply: 2

[Tempatan] Fahmi Fadzil ingatkan Syed Saddiq jangan hipokrit

[Copy link]
Post time 26-4-2024 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Fahmi ingatkan Syed Saddiq jangan hipokrit

https://www.malaysiakini.com/news/703744

Bernama
Diterbitkan:  Apr 26, 2024 9:10 PM
Dikemaskini: 8:10 PM



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, agar tidak bersikap hipokrit apabila mendakwa kononnya kerajaan hari ini mengambil tindakan terhadap pengkritiknya di media sosial.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Syed Saddiq berkemungkinan lupa, suatu masa dahulu terdapat seorang pemimpin yang mengambil tindakan terhadap media dan mereka yang tidak bersetuju dengan pemimpin tersebut.

“Mungkin dia (Syed Saddiq) mudah lupa, zaman dulu sebelum dia lahir ada seorang pemimpin ni, waktu itu tak ada kebebasan bersuara, orang yang berdemo kena pukul, wartawan yang menulis mungkin akhbarnya kena ‘gam’.

“Mereka yang tak bersetuju akan ditangkap dalam Ops Lalang. Tanya balik idola beliau waktu itu. Kalau nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang, macam langit dengan bumi, jadi, janganlah hipokrit,” katanya.



Beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar Utara, di Padang Besar hari ini.

Fahmi diminta mengulas kenyataan Syed Saddiq yang dibuat menerusi hantaran video di TikTok, semalam yang mendakwa kerajaan hari ini mengambil tindakan terhadap posting di media sosial dan menutup akaun media sosial pihak tertentu yang mengkritik kerajaan.

Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan dan memberitahu terdapat banyak kandungan di media sosial yang mengkritik kerajaan.

Namun, beliau menegaskan perkara-perkara yang berunsur fitnah adalah dilarang disebarkan berlandaskan undang-undang sedia ada.

“Isunya contoh bila fitnah, bulan Ramadan lalu ada orang muat naik fitnah yang mengatakan Perdana Menteri sakit, Perdana Menteri ada penyakit sekian-sekian. Itu fitnah belaka dan perkara sebegitu dilarang berdasarkan undang-undang,” katanya.

Beliau menambah, apa-apa tindakan yang diambil kerajaan adalah berlandaskan undang-undang dan tidak sesekali mengambil tindakan di luar lunas dan landasan undang-undang.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 11:04 AM | Show all posts

Comments

Write suthin pliss  Post time 27-4-2024 02:05 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.115343 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list