View: 8328|Reply: 29
|
[Tempatan]
Hantaran jelik nahas helikopter: Lelaki mohon maaf, didenda RM23,000
[Copy link]
|
|
Hantaran jelik nahas helikopter: Lelaki mohon maaf, didenda RM23,000
https://www.freemalaysiatoday.co ... af-didenda-rm23000/
FMT Reporters
26 Apr 2024, 03:13 PM
Muhammad Saifuddin Shafik memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat hantaran jelik berhubung mangsa nahas helikopter di Lumut Selasa lalu. (Gambar Bernama)
Peguam berkata Muhammad Saifuddin Shafik turut membuat aku janji di mahkamah akan menyahaktifkan akaun X bagi mengelakkan perkara sama berulang.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Taiping mendenda seorang peniaga dalam talian RM23,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik mengenai mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut, Perak, Selasa lalu.
Muhammad Saifuddin Shafik, 36, turut memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di depan Hakim Nabisha Ibrahim.
“Secara tulus ikhlas, saya mohon maaf kepada semua ahli keluarga mangsa dan anggota tentera,” kata Saifuddin menurut Sinar Harian.
“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya. Di sini saya (juga) ingin memohon maaf secara tulus ikhlas kepada mana-mana orang awam dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang terkesan dengan ‘posting’ saya.”
Katanya, hantaran itu tidak wajar dilakukan sesiapapun dalam keadaan tragedi sedemikian.
Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal membayar RM23,000. Tertuduh kemudian membayar denda itu.
Dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia bertembung dan terhempas ketika menjalani raptai sempena lintas hormat sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Tragedi pagi Selasa di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, termasuk tiga wanita.
Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Mohd Hafarizam Harun dan Amin Othman yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya membuat aku janji di mahkamah akan menyahaktifkan akaun X bagi mengelakkan perkara sama berulang.
“Dia telah mengambil iktibar dan pengajaran. Jadi, anak guam saya memohon suatu penutupan ke atas kemelut dan isu ini.”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Dalam telegram, spesis seperti dialah yang selalu bagi emoji gelak untuk berita kemalangan. Saya percaya "warga singapork" tempoh hari seperti inilah juga gayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 26-4-2024 10:38 PM
Dia cakap apa?
Lebih kurang "baru raptai dah kiok? Kalau betul-betul entahlah...", macam "orang singapork" kata tu la... |
|
|
|
|
|
|
|
Sia2 je dek.tk pasal2 ada rekod kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 26-4-2024 11:25 PM
Lebih kurang "baru raptai dah kiok? Kalau betul-betul entahlah...", macam "orang singapork" kata t ...
Sedap mulut je kata wira negara kiok..
Nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ajar sikit yang suka komen2 macam ni.. agak2 yang komen sedap2 kat fb tu, jaguh kat fb je, kat luar sopan pijak semut tak mampus |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 26-4-2024 11:34 PM
Sedap mulut je kata wira negara kiok..
Nauzubillah
Dia sebut m**p** sis |
|
|
|
|
|
|
|
Lesson for all, kerana mulut santan binasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk jugak tu..tak tau lah severe mana post heol tu
But lepas ni beringatlah dik, nak cerca mai join forum..kita semua berani incognito jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg mengutuk, jgn kata rakyat sendiri negara² jiran pon ramai. Cuma post dia ni ada org report. 23k tu celah gigi utk peniaga online. Patut boikot sekali apa dia jual. |
|
|
|
|
|
|
|
23k tu dpt pada siapa?gomen dpt ke..waris yg Kene kutuk ni dpt?elok denda berganda..
Rm46k..rm23k ke waris..rm23k ke gomen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 26-4-2024 11:25 PM
Lebih kurang "baru raptai dah kiok? Kalau betul-betul entahlah...", macam "orang singapork" kata t ...
Mcm si nusaraya tu punya komen haritu...gini la bunyi nya..patut babi tu pun blh kena dakwa kalau dpt trace ip add dia |
|
|
|
|
|
|
|
akibat jari jemari lebih pantas menaip dari otaknya berfikir. semoga dijadikan pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 27-4-2024 03:37 AM
Lesson for all, kerana mulut santan binasa.
Kerana pulut, badan binasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka mat kental hati tisu jenis berani kat handphone. Ni klu depan2 kena sergah terus gagap. |
|
|
|
|
|
|
|
boikot saipudin. mohon gugurkan kerakyatan beliau. watpa nak bela rakyat yg takda keyakinan dengan military negara. potensi takda jati diri, integriti dan jadi pembelot sgt tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Macam gitu je kematian orang kau buat main main ya. Terlalu ingin jadi keyboard warrior. |
|
|
|
|
|
|
| |
|