View: 5968|Reply: 5
|
Ibu cemas kepala bayi tersepit pintu jeriji
[Copy link]
|
|
KULIM – Seorang bayi lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selama hampir sejam apabila kepalanya tersepit pada celah pintu jeriji rumahnya di Sungai Karangan dalam kejadian pukul 4.30 petang di sini hari ini.
Menurut bapanya, Mohd Shahrul Azwan Mohd Nor, 32, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di kawasan Padang Meha sebelum isterinya,Suhaila Yahya, 31, menghubunginya memaklumkan kejadian itu.
“Ketika sampai saya melihat kepala anak saya masih berada di celah jeriji. Isteri memangku anak sedang menangis, sementara bapa mertua serta beberapa jiran cuba mengeluarkan kepalanya yang tersangkut, tetapi gagal,”katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Shahrul Azwan, berkata, anak lelakinya itu sudah boleh berjalan dan sering berdiri di pintu jeriji sambil melihat luar rumah, namun isterinya tidak pasti bagaimana kepala anaknya itu boleh tersangkut pada celah pintu jeriji.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 sebelum bergegas ke lokasi.
“Anggota bomba merenggangkan jeriji tersebut mengunakan peralatan khas. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat kira-kira pukul 5.25 petang,” katanya.
Sumber – kOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Gitulah anak2 hiper ADHD. Kalau tak terjun kolam, terjun longkang, terjun bangunan, dia pi kasik masuk kepala dalam jeriji besi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmmmm comelll je baby tu….tapi mmg umur gitu tghhh comel2 tp lasakkk betul. Mmg umur camni sesuai kena gigit |
|
|
|
|
|
|
|
Tbh xterfikir kepala dia akn lepas celah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alo siannya..kalau jd mcm ni terus panggil bomba cik..tak payah nk try keluarkan sendiri takut jd apa2 kt budak tu sebab too fragile
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeriji cmni biasa geng pecah uma pakai Jack kereta bengkokkan besi tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|