CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 3

[Politik] Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen

[Copy link]
Post time 27-4-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Mahani Ishak
April 27, 2024 @ 12:06pm





HULU SELANGOR: Poster mengenai biodata calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pendidikan Pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor itu.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau memperoleh Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, sebelum disusuli ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dua tahun kemudian.



Khairul Azhari ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan mahu memberikan perhatian kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang ditandinginya.


"Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (berdepan tiga calon lain) dengan cara yang adil," katanya.


Sementara itu, Pengerusi PN Selangor menangkap Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan Khairul Azhari itu bukan perkara yang dinafikan memandangkan beliau sememangnya mengikuti semua program pengajian terbabit.

"Kelulusan itu bukan perkara yang beliau nafikan, kerana memang beliau mengikuti kursus-kursus yang berkenaan.

"Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian (Kementerian Pengajian Tinggi) itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar ataupun mereka yang mengambil kursus itu.


Tegas Mohamed Azmin lagi, calon PN memang mengikuti kursus pengurusan bagi maksud meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang itu.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik2 menipu.Semoga kalah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-4-2024 05:27 PM
Tak serik2 menipu.Semoga kalah

I tak rasa dia tipu. Ni executive master based on tests saja.  Setahun pun boleh grad. Dia bukan research programme mcm public unis. Tapi mmg kalau company swasta pun kureng le nak ambil yg with executive masters ni.  Even dip dia pun from UM possibly yg executive programme tu. Sebab dia dah kira cam matured student dah lebih 50 pun.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:19 PM | Show all posts
tripleid replied at 27-4-2024 05:27 PM
Tak serik2 menipu.Semoga kalah


awal2 dah kantoi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.609144 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list