CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 927|Reply: 0

[Kedah] TH pastikan jemaah Malaysia dapat tunai haji dengan selamat

[Copy link]
Post time 27-4-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
TH pastikan jemaah Malaysia dapat tunai haji dengan selamat



Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 27, 2024 @ 5:51pm bhnews@bh.com.my




Foto hiasan




ALOR SETAR: Kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perubahan pada musim haji tahun ini susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai sistem sokongan menyeluruh dan kukuh bagi memastikan jemaah dapat menunaikan haji dengan selamat dan sempurna.

"Kita tak boleh nafikan ada faktor mempengaruhi tetapi kita akan teruskan dengan apa yang ada dan sentiasa bersedia dengan apa-apa perubahan.

"TH mempunyai sistem sokongan kukuh, maka kita sedia berdepan dengan apa pun, itu kelebihan TH yang mempunyai ekosistem pengurusan haji terbaik.

"Malah, ,ia sentiasa menjadi rujukan dunia dan diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi," katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Mahabbah Aidilfitri di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena di sini, hari ini.

Sebelum ini, bakal jemaah haji dinasihatkan tidak bimbang dengan keselamatan ketika berada di Tanah Suci susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, dilaporkan berkata, menjadi tanggungjawab Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi untuk memberi tumpuan aspek keselamatan jemaah bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadat dengan sempurna.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list