CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2161|Reply: 33

[Jenayah] Pukul dan khianat, polis tahan pemandu peribadi

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Seorang pemandu peribadi ditahan polis kerana melakukan khianat dan memukul seorang lelaki selepas dipercayai tidak puas hati terhadap lelaki itu yang menunjukkan isyarat jari tengah ketika mahu memasuki lorong tol, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 49 tahun yang juga isteri mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian jam 1.20 tengah hari wanita itu bersama suami berusia 47 tahun yang menaiki kereta Mercedes berhenti di Jalan Memanda 9 berhampiran susur keluar ke Jalan Ampang.

"Datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dipandu seorang lelaki yang berhenti di hadapan kereta mereka sebelum lelaki itu keluar dan mengetuk cermin kereta pengadu.

"Suspek memarahi suami pengadu iaitu mangsa dan terus memukul mangsa sehingga terjatuh serta tidak sedarkan diri.

"Suspek juga menyepak pintu kereta mangsa menyebabkan kerosakan dan kerugian kira-kira RM2,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di bahagian muka mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Bertindak atas laporan, katanya, polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 44 tahun di Jalan Kampung Melayu Ampang di sini, pada jam 10 malam.

"Soal siasat mendapati punca kejadian kerana mangsa menunjukkan isyarat tangan kepada suspek yang memandu Toyota Alphard di hadapan kereta mangsa di lorong Smart Tag berhenti mengejut dan beralih ke lorong Touch n Go," katanya.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki cedera dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dipukul pemandu peribadi di Jalan Memanda 9 dekat susur keluar ke Jalan Ampang di sini, semalam. FOTO Tular



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 09:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:26 PM | Show all posts
jarang sangat perangai merc (latest) buat hal nak tunjuk jari.....
driver apardvefire anat memang biasa ramai buat hal....

(kes ni laju, boleh jadi simangsa tu pun somebody)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Doesnt matter laaa ko salah ke orang salah ke.. takyah la provoke or tunjuk mid finger.. just berambus je laaa kan dah selamat both.. bukan ada eksiden pun asal nye..

Bersabar lah sikit di jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Let me tell you.
Driver2 Alphard + Driver2 Vellfire, semua jantan2 bodoh yg tak habis sekolah, yg otak dungu benak yg jenis budak class blkg. Belajar main2, jadi kutu, yg tau nya, jadi drebar. Sbb otak pun kecik, mcm otak udang, gaji kecik pun jadilah, sesuai dgn qualification. Tu yg jadi drebar Dato2. Tiberrrrrrr dinaik taraf jadi Pengawal/Pegawai Peribadi. Ale utoh!
Drive semua mcm lahanat. Cilok sana sini, cucuk2, tukar lane mengejut, speeding. Yelah, otak udang.
Tiap2 hari aku jumpa makhluk otak udang ni Kat sekolah anak aku. Tiap2 hari. Muka sekor2 dahla berminyak2. Mcm kerbau. Bwk kereta semua laju2, park sesuka hati nenek mak dia. Aku benci semua driver Alphard dan Vellfire. Kalau semua mampos pupus, aku tepuk tangan tanda setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek ada 7 rekod kesalahan lampau.
Tidak pula disebut kesalahan trafik kaa jenayah kaa.

Itu baru driver, belum tengok bos dia lagi.
Entah² bersusun rekod.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
"Soal siasat mendapati punca kejadian kerana mangsa menunjukkan isyarat tangan kepada suspek yang memandu Toyota Alphard di hadapan kereta mangsa di lorong Smart Tag berhenti mengejut dan beralih ke lorong Touch n Go," katanya

Pening aku baca. Sapa ntah yg salah. Benak makan lemang byk sgt agaknya hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu pesan pada mak aku supaya bersabar dan bawa bertenang masa memandu. Jangan nak baran ikut garang dia je pasal mak aku ni suka main hon. Tak puas hati pada cara pemanduan orang lain, dia tekan hon. Kadang aku rasa mak aku lagi samseng sebab suka hon.haha.
Aku cakap zaman sekarang orang gila ramai. Buatnya mak hon orang yang baran, nanti kena tahan , kena pukul, kena himpit sampai eksiden, apa yang mak dapat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 01:58 AM | Show all posts
Yg suka tukar lorong kat tol secara tiba2 memg buat org tekejut ok. Tgh jem takpa. Ni kalau tol lengang. pilihla lorg siap2 duk dendiam eww
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
relax je bos amik driver rekod panjang ek..
ke bosnya pun sama kumpul rekod?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 28-4-2024 03:02 AM

Hahahaha...silap besar lah tunjuk isyarat jari tengah kepada orang yang ada 7 rekod kes jenayah lampau.

Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sebb tu klu klu atas jln raya, ko betul ke, ko buat salah ke, kena sabo byk, jgn probok2.. sebb kita x tahu dgn sapa kita berhadapan tu, ramai yg mental skrg, ramai juga yg dah ada pistol, so x berbaloi layan deme sampai nyawa kita terancam
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ada 7 rekod what are u expect? Kasi lupus je la diam2. X pyh msk berita
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 28-4-2024 12:12 AM
"Soal siasat mendapati punca kejadian kerana mangsa menunjukkan isyarat tangan kepada suspek yang me ...

Rasanya alphard yg tiba2 tukar lorong...pastu merc marah dan tunjuk jari tengah..alphard bengang tu yg gi pukul...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:02 AM | Show all posts
Ilmu apa pakai pukul terus pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
If you cannot take it dont dish it.  Pastu terus KO camno?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 08:47 AM | Show all posts
aku syak forumer kat sini baca 7 rekod lampau terus teringat KES JENAYAH.

biasanya 7 rekod lampau tu KESALAHAN TRAFIK JAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! macam ko langgar lampu isyarat. macam kat speed trap ko bawa lebih had laju. macam ko tak pakai tali pinggang keledar/ tak pakai topi keledar. tu jah. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:48 AM | Show all posts
gorjeous replied at 28-4-2024 08:02 AM
Ilmu apa pakai pukul terus pengsan.

aku syak mangsa yang kena pukul jenis berpenyakit cam darah tinggi, jantung lemah, kencing manis.l jenis badan dah tak kuat maklumlah nak masuk 50. tu kena debik sekali, terus tak sedarkan diri. padahal kalau orang sihat dlm 20-30an paling tidak pun jatuh dan terus bangun balik dan lawan.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Driver vellfire langgar kami yg tgh beratur dlm jem. Mesti bawa laju x perasan kami tgh beratur dlm jam. Luckily iols yg plg x teruk sekali
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sama2 bodoh selayaknya lah mendapat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075644 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list