CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 5

[Jenayah] Denda RM23,000! Peniaga online hidap bipolar mengaku salah, menyesal hina anggota TLDM maut nahas helikopter

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:49 PM | Show all posts |Read mode
SEORANG lelaki yang menghidap penyakit bipolar mengakui sedar dan menyesali tindakannya membuat hantaran jelik membabitkan korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.

Pengakuan yang dibuat peniaga dalam talian itu membuatkan dia didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping di Perak pada Jumaat.

Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhi Saifuddin Shafik, 35, hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya.

Dia juga berdepan hukuman penjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada prosiding hari ini Saifuddin turut membuat permohonan maaf atas perbuatannya kepada ahli keluarga mangsa, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang awam, secara terbuka di dalam mahkamah.

Malah dia akan menyahaktifkan akaun X miliknya untuk mengelak perkara itu daripada berlaku pada masa depan.

Saifuddin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menerusi perkhidmatan aplikasi X dengan menggunakan nama profil 'Saifuddin Shafik @saishafik' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 1.15 tengah hari 23 April lalu, dan kandungan itu dibaca di Gedung Sari Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai pada pukul 6.30 petang hari sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Ia memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Perak, Wan Azimah Yaacob, memohon hukuman berat dikenakan supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi mesej kepada tertuduh serta orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah, tambahan pula kesalahan itu telah melukakan hati pengadu, waris dan seluruh rakyat negara ini.

Peguam, Amin Othman yang mewakili Saifuddin, bagaimanapun merayu hukuman berbentuk denda dikenakan atas alasan tertuduh yang berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500, perlu menanggung isteri dan ibu bapa.

Terdahulu, tragedi pukul 9.32 pagi 23 April lalu berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 sehingga mengorbankan 10 mangsa.

                                                                                Saifuddin hadir ke Mahkamah Seksyen Taiping pada Jumaat.        
            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 09:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan ubat tak?


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
so makna ade surat doktor sah kabo dia bipolar la yeh? gedik ler rope ni. tp takpele dh tkena, gamaknya lps ni serik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolar






Ramai orang bipolar terlepas kandang rupanyehh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolajourney tersenyum sinis. Tapi bipolar ni kacau ke benda yg tak trigger dia? Bukan diorg tak ambil port hal2 besar dan negara. Yg important pada diorg bukan hal2 remeh temeh? Mcm nak alihkan perabot tgh malam? - cerita dari journey bipolar tersohor porum cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053889 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list