CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 7

[Jenayah] Bakal pengantin rancang ‘salam kaut’ moden, lagi senang pamer kod QR depan pintu... Ramai bantah, anggap macam mengemis!

[Copy link]
Post time 27-4-2024 10:06 PM | Show all posts |Read mode
KETIKA ini transaksi pembayaran menggunakan imbasan kod QR digunakan secara meluas dalam apa jua urusan sama ada jual beli ataupun pemindahan wang.

Selain kad debit atau kad kredit, transaksi menerusi kod QR digunakan secara meluas kerana bersifat tanpa tunai (cashless) yang ternyata lebih memudahkan dan menjimatkan masa.

Buktinya, ketika ini kod QR digunakan secara meluas oleh pelbagai peringkat peniaga dan tanpa mengira premis perniagaan, baik di restoran sehinggalah kepada penjaja tepi jalan.

Bukan hanya sebagai transaksi perniagaan, malah ada yang mahu menggunakan kod QR ketika majlis perkahwinan sebagai pengganti kepada 'salam kaut'.

"Aku nak kahwin hujung tahun ni. Agak-agak okay tak kalau letak QR kod dekat pintu masuk sebagai salam kaut? Minta pendapat warga maya," tulis seorang individu di laman X.

Sekadar maklumat tambahan, salam kaut adalah tradisi pemberian wang sagu hati atau sedekah ikhlas kepada tuan rumah sesebuah majlis.

Ciapan individu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya, namun rata-ratanya berpandangan bahawa penggunaan kod QR di majlis perkahwinan sendiri sangat tidak sesuai.

Bukan sahaja 'menghakis' tradisi bersalam-salaman antara tetamu dengan tuan rumah dan pengantin, malah rata-ratanya menyifatkan cadangan tersebut tidak ubah seperti mengemis.

"Rasa muka tebal letaklah. Tak ada hal la mulut orang kan, paling-paling pun lepas depa makan semua nanti dia balik rumah dia mengumpat.

"Apa tujuan anon nak buat kenduri? Letak QR ni memang nampak sangat mengemis. Kita nak doa daripada tetamu untuk kebahagiaan rumah tangga kita akan datang, bukan nak duit mereka. Betulkan niat.

"Ada sesetengah perkara lebih elok kita kekalkan tradisi kita...contohnya salam kaut ni. Letak QR tu tak sesuai. Tak ada interaction dua hala antara tuan rumah dengan pemberi," demikian antara komen netizen.

                                                                                Ketika ini kod QR digunakan secara meluas sebagai pengganti transaksi tunai. -Gambar hiasan        
            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Last week pun majlis kawen aku attend, dekat pintu masuk ada QR code.. dalam kad jemputan pun ada QR code.. adoi


Tp aku tetap kasi cash je ye.. dlm sampul. Aku and husband kasi by hand kat mak ayah pengantin
Sbb aku rasa begini lebih sopan, lebih proper
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenduri mcm ni tak payah la pi kot...bior kita ramai2 boikot
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot qr kod
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh cenggini depa skrg ni
I bukan jenis mengharap so i takder la nak buat
Tapi mcm ni kalau gi mcm senang jugak kan nak transfer terus
But i suka je bagi hadiah sbb mmg stok hadiah byk haha
Ada gift recycle ada brg2 dapor rumah yg i rajin beli esp bila kwn2 promote hahahaha
Semua elok2 la baru bukan dah guna ke apa

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang yang jarang ada cash, function je. Tapi cam segan la pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anak muda skrg ni patut fhm, yg byk bg salam kaut tu kwn² mak bpk dia org. sbb mak bpk ni dh lama dan byk melabur salam.kaut pd kenduri² kwn² dia org. jd ada la balasan.
kalo setakat kawan pengantin tu selalu bg hadiah je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kompang silat zapin mknn sedap beraneka ai bagi salam kaut lebih sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.619746 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list