CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1019|Reply: 0

[Johor] 15.2kg dadah dalam peket minuman bernilai RM2.39 juta dirampas

[Copy link]
Post time 28-4-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode

KUMAR (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Taktik licik satu sindiket membungkus semula dadah menggunakan pek minuman segera gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas 15.2 kilogram (kg) bahan terlarang bernilai RM2.39 juta dirampas

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, rampasan itu dibuat susulan penahanan seorang lelaki berusia 35 tahun pada pukul 5 petang di tepi jalan di Taman Pelangi, Jumaat lalu.

Katanya, pemeriksaan terhadap lelaki tersebut menemukan pelbagai jenis dadah antaranya serbuk dan pil ekstasi, pil erimin 5 dan ketamin.

“Penahanan lelaki itu membawa kepada serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pelangi, di mana suspek menyewa bilik di rumah itu untuk dijadikan stor simpanan dan tempat pembungkusan semula dadah.

“Lelaki itu akan mengosongkan peket minuman segera itu sebelum memasukkan serbuk dadah sebelum peket itu ditampal semula menggunakan mesin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya 231 peket serbuk ekstasi seberat 13.6 kg bernilai RM2.26 juta, 707 biji pil ekstasi (RM35,350), 2,465 biji pil erimin 5 (RM49,300), sembilan peket ketamin (RM36,385) dan tiga liter minuman mengandungi dadah bernilai RM3,000.

Dalam serbuan sama, polis turut menyita dua buah kereta dan wang tunai berjumlah RM650.

Kumar berkata, setiap peket minuman yang berusia kandungan serbuk dadah itu dijual di pusat hiburan dan ‘private party’ dengan harga antara RM150 hingga RM200 sepeket.

Tambahnya, pihaknya percaya suspek tidak bergerak sendirian dan masih mengesan saki baki ahli sindiket pengedaran dadah yang beroperasi melibatkan pasaran tempatan.

“Sindiket ini menjalankan kaedah baharu penjualan pelbagai jenis dadah, dan tidak menumpukan hanya satu jenis dadah sahaja. Kegiatan ini dipercayai telah aktif sejak bulan Februari tahun ini.

“Dadah yang dirampas dalam operasi ini boleh digunakan seramai 62,063 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya.

Ujarnya, hasil saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan amphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... 2-39-juta-dirampas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.078197 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list