CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 12

[Tempatan] Sudah-sudahlah Tun!

[Copy link]
Post time 28-4-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 28-4-2024 03:10 AM

Dengan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bermula secara rasmi hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan 'nasihat' kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“…elok tumpukan perhatian kepada amal ibadat saja," kata Zahid.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Mahathir bahawa DAP akan mengekalkan kerusi itu kerana perpecahan undi Melayu.

Mahathir, yang mengasas dan meninggalkan dua parti berasaskan Melayu sejak keluar daripada Umno, dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today sebagai berkata DAP berkemungkinan mengekalkan kerusi DUN itu kerana perpecahan di kalangan pengundi Melayu, manakala pengundi Cina tetap bersatu.

Mahathir berkata pada masa lalu, orang Melayu bersatu di bawah Umno, yang membolehkan parti itu dan BN memperoleh majoriti dua pertiga di parlimen.

Umno sedia sokong Anwar

Sementara itu, Zahid menegaskan semua parti dalam kerajaan terbuka untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk penggal kedua.

"Kami mempunyai komitmen yang berkesanambungan dan akan komited untuk menyokong ini (Anwar sebagai perdana menteri)," kata timbalan perdana menteri itu.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang akan menentukan hubungan semua 18 parti dalam kerajaan perpaduan, yang berkongsi objektif yang sama untuk mempertahankan kestabilan politik negara.

“PRU16 akan menunjukkan bagaimana kestabilan politik dan perpaduan hati dan fikiran dalam kalangan 18 parti ini dapat dipertahankan.

“Pada pendapat saya, 152 ahli parlimen yang menunjukkan lebih dua pertiga majoriti mesti dikekalkan,” katanya.

Bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam episod podcast 'Keluar Sekejap' bahawa impian parti itu adalah untuk menjadikan Anwar berkhidmat penggal kedua sebagai perdana menteri.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amalan sendiri caner??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pum samalah zahik komedi! Kubur kata mari! Tak kenyang2 makan duit
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpan nasihat tu utk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:28 PM | Show all posts
sekali ko yg mati dlu, atok yg umur panjang. so, dh ckup ke ibadah kau wak ponorogo ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Seeloknya toksah la bagi nasihat atau kata2 macam ni. Kalau kita masih muda pun belum tentu kita mati kemudian daripada orang diperkatakan tu. Inikan pula kalau yang mengata tu dah tak dikira muda lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
At least tun m bnyk gak la jasa dkt org melayu Dan negara. Wak ponorogo apa jasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 28-4-2024 09:49 PM
At least tun m bnyk gak la jasa dkt org melayu Dan negara. Wak ponorogo apa jasa?

bawa saudara mara mai Msia...bersepah jer kt chow kit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:27 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap kes saman atok pd wak kes anak lelaki dlm ic tun dlm rekod jpn tu apa citer?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid ni kata ada kanser. Tak lama dah hidup.Ada sumber terdekat dia yg info.Sekarang dia dok hantar staff2 pegi umrah.tak betul ke? Tapi sumber tu memang dari close circle dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:53 PM | Show all posts


Bila nak istihar hartaaaa???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.526513 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list