CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7200|Reply: 34

[Tempatan] Peniaga nasi kukus raih RM14,000 sebulan jual makanan guna mesin layan diri

  [Copy link]
Post time 29-4-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-4-2024 12:25 PM

Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
www.sinarharian.com.my
28 April 2024 02:18pm



Mohd Hermi Shahuddin menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) diperkenalkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Ekonomi pada Mac tahun lalu sebelum mengusahakan perniagaan makanan melalui mesin layan diri di Kolej Angsana 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) kampus Puncak Alam. - Foto BERNAMA



SEORANG peniaga nasi kukus tidak menyangka keputusan menyertai program perniagaan mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanannya apabila meraih jualan melebihi RM14,000 sebulan.

Lebih menggembirakan kata Mohd Hermi Shahuddin, 47, dia kini tidak lagi dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu seperti dialami sebelum menyertai program IPR kategori Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) itu, yang diperkenalkan Kerajaan Madani melalui Kementerian Ekonomi pada Mac tahun lepas.

Bapa kepada empat anak perempuan itu berkata, sebelum menyertai program itu, dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan di kawasan Fasa 3 Bandar Puncak Alam di sini, selain mengambil tempahan makanan untuk majlis keraian di kawasan sekitar.

Menurutnya dengan pelbagai cabaran dihadapi seperti faktor cuaca, makanan tidak habis dijual selain perlu 'menutup kedai' untuk membawa seorang anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bertemu doktor, kerja keras yang dilakukan hanya mampu meraih jualan tidak sampai RM8,000 sebulan.

“Perniagaan kami buat sebelum ini memang banyak cabaran dengan pendapatan boleh terjejas bila-bila masa sahaja kerana ada ketikanya makanan langsung tidak boleh dijual terutama ketika hujan lebat menyebabkan modal dan makanan pada hari tersebut kadangkala ‘hangus’ begitu sahaja.

“Saya juga mempunyai seorang anak OKU berusia sembilan tahun yang masih memerlukan perhatian dan jagaan penuh. Jika ada janji temu dengan doktor, memang saya dan isteri tidak boleh berniaga, jadi tidak adalah pendapatan untuk kami pada hari itu,” katanya kepada Bernama ketika meninjau mesin layan diri kendaliannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor kampus Puncak Alam, baru-baru ini.

Mohd Hermi dan isterinya, Fadilah Hanum Abu, 47, yang kini mengusahakan perniagaan mesin layan diri di Kolej Angsana 2, UiTM Puncak Alam menyifatkan penyertaan mereka dalam program IPR sebagai tidak sia-sia, malah mereka juga tidak perlu mengeluarkan modal untuk penyediaan makanan dan bayaran sewa kerana kos itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi tempoh dua tahun.

Dia berkata, antara makanan yang dijual menerusi mesin layan diri itu adalah nasi lemak ayam goreng, nasi lemak pandan, roti kebab daging, roti sosej gulung, set bebola daging, popcorn ayam dan nasi ayam pedas, yang kesemuanya dimasak sendiri oleh mereka berdua.

"Semua makanan ini dijual pada harga RM2 ke RM5, dan bagi mengekalkan kualiti dan rasa, menu tersebut akan ditukar atau ditambah setiap enam jam dalam tempoh satu hari.

"Ini bermakna program IPR bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan malah memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga berpatutan dan murah," katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan inisiatif yang menguntungkan rakyat.



Mohd Hermi berkata, dia kini boleh memperuntukkan lebih masa bersama keluarga kerana perniagaan mesin layan diri itu boleh dipantau dari jauh menerusi aplikasi khas yang membolehkannya mengetahui status stok makanan atau berlaku sebarang masalah teknikal terhadap mesin tersebut.

"Saya berasa cukup bertuah kerana dipilih menyertai program IPR daripada ribuan permohonan yang diterima kementerian, dan pastinya program ini membuka prospek baharu kepada usahawan kecil seperti saya menjana pendapatan sekali gus meningkatkan nilai jualan sedia ada," katanya.

Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berkata, UiTM Cawangan Selangor (UCS) merupakan kampus IPTA pertama yang melancarkan mesin layan diri menerusi program IPR Insan yang menjual makanan pada harga RM2 hingga RM5.

Menurutnya, ketika ini sebanyak sembilan mesin layan diri IPR sedang beroperasi di Kampus Puncak Alam dan satu lagi dalam proses untuk memulakan operasi, selain merancang meluaskan lagi inisiatif tersebut ke fakulti dan kolej pengajian lain bagi memberi ruang kepada peserta IPR terpilih menjana pendapatan.

Ahmad Taufek berkata, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Bahagian Ehwal Pelajar UiTM turut memberi kursus keusahawan kepada kesemua 43 peserta IPR di UiTM seluruh negara dengan UCS merupakan peneraju kepada projek tersebut.

“Kursus ini merangkumi pertama modul wajib dengan semua peserta perlu menyertai kursus literasi kewangan dan modul kedua peserta diberi empat pilihan sama ada mengambil bahagian dalam kursus bantuan makanan, kursus pertanian, kursus perikanan atau kursus transformasi minda,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli melancarkan program mesin layan diri IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah IPR Insan pada tahun ini.

Menerusi inisiatif Insan, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 12:52 PM | Show all posts
habis la makcik2 kantin lepas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.teringin nak rasa.
tpi jepun lama dah buat mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat di kejar LJDN pass ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap ke
senang & jimat sikit budak2 nak membeli
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah jumpa vending machine mcm ni RnR manetah... jual nasi lemak, pasta apa semua. Tapi mmg mahal tak sangka. Ni jual murah, utk student plak tu mmg laku la. Sedap tak sedap blkg cite.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2024 03:18 PM | Show all posts
peniaga berjiwa besar. berniaga kira volume bukan letak harga tinggi semata2 nak untung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak habis dijual tu buat camne? Kan ada menu nasik ayam goreng bagai. Selalu jual dalam beberapa jam habis la kan, kalau tak nanti biar sampai esok kang basi pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 03:22 PM | Show all posts
Jual makanan dalam vending machine esp makanan asian yg dah masak macam ni food safety dia macamana ye, i mean, since dia kata dia dgn wife masak sendiri.  I imagine macam masak kenduri kat rumah bukan ada kilang yg kena patuh qaqc.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 04:46 PM | Show all posts
Samerosie replied at 29-4-2024 03:22 PM
Jual makanan dalam vending machine esp makanan asian yg dah masak macam ni food safety dia macamana  ...

dlm news tu ckp dia tukar makanan every 6 hours
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay lettew..
Kat kpj pung ada jual Nasi dagang ke apa tah..
Tp iols tak pernah beli la..sebab mesin tu kat emergency...iols gi emergency tak lalu.lah nak Makan..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-4-2024 03:22 PM
Jual makanan dalam vending machine esp makanan asian yg dah masak macam ni food safety dia macamana  ...

I memang takkan beli.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-4-2024 06:58 PM

Selalu jgk beli nasi lemak kt mesin stesen mrt..sedapp


T.kasih Piji Raja Formula.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg masyuk sbb letak vending machine kt kolej kediaman.. students mmg sentiasa kelaparan..tp time cuti sem 3 bln, menganga la ko takde buyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dlm kampus, bila cuti sem sikit lah yg terjual kurnaglah pendapat an.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 29-4-2024 03:18 PM
Kalau tak habis dijual tu buat camne? Kan ada menu nasik ayam goreng bagai. Selalu jual dalam bebera ...

Maybe dia dah test dlm 6 jam brp yg laku.sbb setiap 6 jam kan dia tukar mknn baru.
Awal2 tu maybe buang la kot.xpon bg jiran yg lebih2 tu.dah lama2 mesti dh boleh agak nak masak brp.setakat 5-6 bungkus sehari xtrjual tu ok laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 29-4-2024 07:55 PM
Maybe dia dah test dlm 6 jam brp yg laku.sbb setiap 6 jam kan dia tukar mknn baru.
Awal2 tu maybe  ...

Ooo, iols tak penah try beli lagi makanan kot mesin camni. Tertanya jugak camna kalau ada baki pek makanan yang tak terjual pada hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 02:41 PM | Show all posts
mcm konsep kat jepun dan negara2 lain la....contoh paling byk kat jepun, segala mcm makanan jual dalam mesin ni...ok je deme melantak....kat north america pun ada je hotdog semua tu terjual dlm mesin mcm ni.....mekasih piji formula, sbb bagi formula dan peluang kepada peniaga2.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:52 PM | Show all posts
tempat paling senang buat duit... hostel..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 04:04 PM | Show all posts
lepas ni kita hadap mknn mesin gini je la..
dh acik2 tepi jalan kedekut senyuman...
kat rnr rawang ada seketul mesin mknn cmnih...penah beli mahei...pastu so so je rasa..
ke aku kena gigihkan hati menghadap acik tepi jalan xsuka senyum ittew?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list