CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Tempatan] Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia

[Copy link]
Post time 30-4-2024 10:57 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 30-4-2024 10:55 AM
Puting Buta dan embedded dlm isi....sama kheun ipan?

Kahkahkahkah

ya..kena tepek contoh ka stinger? takut tak jelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok ke lusa daftar masuk darjah satu sesi 2025
Harap yg elok2 sajalah utk anak
Ada few schools kat area ni
Tgk kawasan padat cam cyber tu gilerlah kelas penuhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-4-2024 09:11 AM
kesian budak tu, jgn la stress dier sangat...let children be children...dier pun nak bermain juga
...

Dia x stress,happy je p sana sini Ade kawan,main2..kita yg stress duk kejar anta sana sini,nak arrange kan jadual ..bl cuti sekolah lama mcm ms COVID ari tu duk la bising bosan2 x dpt p tuesyen,x dpt p martial art,x dpt p main catur,x dpt jd imam..mcm si kakak kalo x de pe2 dia mengait la,membaking kek n cookies dia la..dia ckp sbb bosan x de bt pe..dah biasa bizy jd akan cari benda nak bt ilangkan bosan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-4-2024 09:10 AM
memang pendidikan malaysia bermasalah...sebab cikgu cikgi kita tak berkualiti

Yg ni di akui..mcm kes anak sulung dua minggu lepas..Ms tgh belajar tiba2 cikgu ckp anak sulung menganjing dia..pdhal anak tgk fokus belajar...sbb dr tadika cikgu yg mengajar akan bgtau seram tgk anak tgk dia org mengajar...mcm nak ditelan2 cikgu pdhal anak sejenis fokus dlm kelas..pe cikgu terang dia serap msk dlm otak...anak terkejut sbb dia tgh fokus cikgu ckp dia mcm tu...lps tu anak x sihat sbb darah dia rendah jd 10 doctor bg MC..cikgu tu leh tanye mental anak mcm mn..haa dpt la dgn mak nye ni kan...trs bgtau anak saya mmg sejenis muka masam...muka ayah dia..jd Ms tgh belajar dia fokus..dia pun x tau muka dia herot bengot mcm mn..pd dia yg penting pe cikgu ajar dia masukkan dlm kepala otak dia..cikgu pulak entah mcm mn leh nampak muka anak saya menganjing dia ..mmg Dr tadika dia fokus belajar dlm kelas time cikgu mengajar... Tah pe2 cikgu nye pun...dah anak murid tgh fokus nak srh anak murid gelak2 senyum2 ke.. lps tu pilih kasih..anak org yg keje best2 x fasih English pun lps p pertandingan b.i..yg fasih2 ni x lps..sbb anak x berjenama...lps tu kalah...blm lg penah tgk Ade budak lain yg patut dpt adiah dah Ade dlm barisan cikgu tukar dgn anak emas 916 dia..dah msk dlm fb,majalah sekolah anak org lain dpt adiah..yg menang sepatutnye dpt adiah x de gambo..down perasan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 11:19 AM | Show all posts
ina_na replied at 30-4-2024 11:15 AM
Yg ni di akui..mcm kes anak sulung dua minggu lepas..Ms tgh belajar tiba2 cikgu ckp anak sulung me ...

budaya favoritism ni akan ada di mana2...itu pe'el manusia, bukan di sekolah saje, pejabat, tempat umum dan juga persepsi masyarakat...manusia lebih suka yg putih dr hitam, yg besar dari kecil dan yg banyak dr sedikit


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 30-4-2024 07:55 AM
Sebenarnya kena tanamkan the joy of reading, self discovery and self learning tu dalam diri setiap k ...

I setuju point you. Tapi bab solat dipaksa paksa walau dah sampai umur wajib tu, ada la yang melenting nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2024 12:16 PM | Show all posts
Samerosie replied at 29-4-2024 07:12 AM
Kalau dah sampai setengah sekolah 40 lebih murid dalam kelas, mestilah ada yg tercicir.  Maybe it is ...

Betul. Satu kelas 40-50 murid. Cikgu nak fokus pon susah, inikan pelajar.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah menengah luar bandar macam tempat saya ni pun, tiada pernah 42% murid tidak pandai membaca bila sampai Tingkatan 5.
Sekolah mana jadi bahan kajian diorang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-4-2024 10:57 AM
ya..kena tepek contoh ka stinger? takut tak jelas

greentea first day raya tempohari ada buat selfie, the latest update of embedded futing nyer....maybe dia boleh share ...kita tunggu dia masuk tred ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:48 PM | Show all posts
Sekolah di mana dari awal lagi anak2 dididik untuk percaya cerita2 mastika. Anak2 yang sama juga kini telah dewasa dan jadi acik2 forum. What do you expect?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:54 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-4-2024 12:56 PM

So full report still not available to download to see sekolah mana derang survey tapi ni highlights dia:

Part 2: “Strengthening Foundational Skills”
  • Malaysia has achieved near universal primary education with remarkable equity in resources and student experiences.
  • Net enrollment rate at the primary level is close to 100 percent since 2013. Despite these successes, many children, particularly from disadvantaged backgrounds, struggle with learning outcomes.
  • The problem starts early, with a significant portion of children lacking school readiness skills—leading to challenges in reading, writing, and mathematics throughout their schooling. By the age of 15, Malaysian students lag behind aspirational peers in reading, math, and science as measured by international assessments.
  • To address these challenges, Malaysia has implemented various programs such as the Reading Aid Programme and the Primary School Literacy and Numeracy Program. The teacher strategy outlined in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 aligns with global good practices, but these have not shown their intended impact.
  • Reflecting this, the special thematic topic identifies the steps that can be taken to improve learning outcomes in Malaysia. This includes:  
    1. Ensuring that all children benefit from high-quality preschool education and arrive in primary school ready to learn.
    2. Given that poorer children are less likely to have school-readiness skills, improving access to and the quality of early childhood education for them could provide long-term benefits.
    3. Malaysia should rigorously measure student learning outcomes and benchmark them to international standards, while also measuring teacher performance thoroughly.
    4. In addition, support for teachers could be strengthened through effective teacher training programs, as well as policies that consider teachers' experiences and needs, thus ensuring effectiveness and sustainability.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 01:06 PM | Show all posts
Kurex replied at 29-4-2024 04:00 PM
Kau caya ke bank dunia kelolaan freemason iluminati ni?

Kapir kan. Berapa peratus kanak2 yang berjaya menutup aurat tak pula diambil kira. Lain kali nak buat kajian patut panggil bank islam confirm score ke awan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 01:36 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 30-4-2024 01:42 PM
naina replied at 30-4-2024 10:52 AM
Ya aku setuju. Pembelajaran dalam kelas tu kurang. Cikgu2 dibebankan dgn kerja2 bukan mengajar. Maca ...

Kalau kita adalah parents Melayu yang mahu anak pandai, kita sanggup bekerja-keras untuk memastikan anak pandai, dan kita sanggup berkorban termasuklah berkorban wang ringgit supaya anak pandai … adalah lebih baik parents seperti ini hantar anak belajar di sekolah Cina yang berkualiti.

Hampir semua masalah yang berkaitan sistem pendidikan Malaysia lebih tertumpu kepada sekolah kebangsaan. Sekolah Cina yang berkualiti tidak mempunyai masalah seteruk sekolah kebangsaan. Walau sekolah Cina itu menggunakan kurikulum daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya, pada hari ini, kita sudah tidak ada sekolah kebangsaan. Kenapa?

For the past twenty years, parents Cina mula berhenti menghantar anak belajar di sekolah kebangsaan. Ini tidak ada kaitan dengan politik. Ada sesuatu di sekolah kebangsaan yang parents Cina tidak suka. Mungkin parents Cina sudah dapat detect kelemahan sekolah kebangsaan lebih awal.

Apabila parents Cina tidak hantar anak belajar di sekolah kebangsaan, sekolah kebangsaan bertukar jadi sekolah Melayu – sekolah yang hampir semua pelajarnya adalah pelajar Melayu.

Jadi sekarang, kita ada:
1) Sekolah kebangsaan yang sudah bertukar menjadi sekolah Melayu
2) Sekolah Cina sama ada sekolah government atau sekolah persendirian
3) Sekolah swasta sama ada menggunakan kurikulum Malaysia atau kurikulum luar negara
4) Sekolah tahfiz

Bangsa Cina pentingkan dua perkara:
1) Rice bowl – Sebab itu mereka pentingkan ekonomi dan perniagaan.
2) Future – Sebab itu mereka pentingkan pendidikan.

Bila anak kita belajar dalam masyarakat yang pentingkan pendidikan, macam-macam manfaat yang anak kita akan dapat. Contohnya:

1) Anak kita terpaksa jadi rajin belajar. Sebab apa? Pertama, dia tengok kawan-kawan kelilingnya rajin belajar. Kedua, dia sudah tidak ada gang malas belajar.

2) Cikgu yang mengajar di sekolah Cina terpaksa rajin mengajar. Sebab apa? Mereka mengajar anak-anak kepada parents yang pentingkan pendidikan. The pressure is real. Bukan sekadar pressure kepada anak supaya anak itu rajin belajar, tetapi pressure kepada guru juga supaya guru itu betul-betul mengajar.

3) Sekolah Cina menerima banyak sumbangan kewangan daripada perniagaan Cina serta parents Cina. Kesan pertama: Sekolah Cina mempunyai kemudahan yang lebih baik. Kesan kedua: Sekolah Cina mempunyai dana untuk melaksanakan program pendidikan atau program perkembangan pelajar.

4) Sekolah Cina mempunyai parents yang obsessed untuk memberi perkhidmatan kepada sekolah. Jadi, sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan effective and efficient sebab mereka mempunyai ramai human resource tambahan yang sanggup berkhidmat untuk sekolah dengan percuma.

In short, sekolah Cina yang berkualiti mempunyai pelajar yang bagus, parents yang bagus, guru yang bagus, dan school leaders yang bagus. Keempat-empat elemen ini diperlukan untuk menghasilkan sekolah yang bagus.

Jadi, tidak hairanlah peratusan pelajar non-Chinese semakin bertambah di sekolah Cina. Sekarang, peratusan pelajar non-Chinese di sekolah Cina adalah sekitar 18% dan ia dijangka meningkat ke 20%.

Maksudnya, bila kita jumpa 100 pelajar di sekolah Cina, 80 pelajar adalah pelajar Cina. Manakala, 20 pelajar lagi adalah pelajar Melayu atau India.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Syllabus tak selari usia. Rasain lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 02:03 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-4-2024 01:06 PM
Kapir kan. Berapa peratus kanak2 yang berjaya menutup aurat tak pula diambil kira. Lain kali nak b ...

mana2 bank iols tak caya.. uols caya la, sebab uols kan liberal
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-4-2024 11:19 AM
budaya favoritism ni akan ada di mana2...itu pe'el manusia, bukan di sekolah saje, pejabat, tempat ...

Anak sulung iolss blk td citer..cikgu tu ckp skrg ni ramai yg x reti mengaji,baca jawi..lps tu siap tanye anak iolss pandai mengaji n baca jawi ke...ehhh cikgu ni tampar Kang...anak iolss tu siap kawan kelas belakang belajo mengaji gan dia sblm anak iolss bz gan kelas martial art dia skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 02:29 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 30-4-2024 02:35 PM
naq_j replied at 30-4-2024 12:17 PM
Sekolah menengah luar bandar macam tempat saya ni pun, tiada pernah 42% murid tidak pandai membaca b ...

Tidak pandai membaca bukan bermaksud tidak tahu membaca. Katakan ayat itu adalah, “Nama saya Ali.” Ia bukan bermaksud pelajar tidak boleh baca ayat ini.

Dalam zaman sekarang, tidak pandai membaca bermaksud tidak pandai memproses atau mentafsir dengan tepat tentang maklumat daripada teks atau content yang dibaca.

Cuba lihat dua ayat ini:

1) Ujian peringkat nasional (standardized national exam) seperti UPSR dan PMR / PT3 diperlukan supaya pelajar cemerlang dalam pelajaran, khususnya cemerlang dalam STEM.

2) Kajian menunjukkan ujian peringkat nasional (standardized national exam) boleh mewujudkan budaya rote learning di kalangan pelajar. Excessive rote learning adalah antara punca yang menyebabkan pelajar lemah berfikir, lalu pelajar sukar menguasai STEM.

Mana satu opinion? Mana satu fact?

Ini adalah antara kelemahan pelajar Malaysia. Apabila kita minta pelajar baca sesuatu teks atau content, pelajar tidak boleh mentafsir teks atau content itu dengan betul.

Ini bukan masalah pelajar Malaysia semata-mata. Ini adalah masalah orang dewasa di Malaysia juga.

Dalam dunia Internet, sama ada dalam social media atau even dalam Forum Cari ini, dari masa ke semasa, kita akan jumpa tulisan yang nampak meyakinkan. Tetapi hakikatnya, tulisan tersebut tidak bersandarkan kepada kajian atau data yang reliable. Atau, tulisan itu tidak mempunyai justification yang kukuh.

Orang yang mempunyai thinking skills yang lemah akan mudah mempercayai tulisan seperti ini. Maksudnya, dia boleh baca tulisan tersebut. Tetapi, in the end, dia membina tafsiran yang salah. What is the point kita membaca tetapi akhirnya, kita faham perkara yang salah?

Peperiksaan antarabangsa PISA untuk seksyen Reading menceritakan dengan jelas tentang masalah reading yang berlaku di kalangan pelajar Malaysia. Peperiksaan Reading PISA tidak ada kaitan dengan masalah tidak faham English. Untuk pelajar Malaysia, pelajar boleh pilih sama ada mahu baca text Bahasa Melayu atau text English. Sekitar 85% pelajar Malaysia memilih untuk baca text Bahasa Melayu.

Some 42% of students in Malaysia attained Level 2 or higher in reading (OECD average: 74%). At a minimum, these students can identify the main idea in a text of moderate length, find information based on explicit, though sometimes complex criteria, and can reflect on the purpose and form of texts when explicitly directed to do so. The share of 15-year-old students who attained minimum levels of proficiency in reading (Level 2 or higher) varied from 89% in Singapore to 8% in Cambodia.

In Malaysia, almost no students scored at Level 5 or higher in reading (OECD average: 7%). These students can comprehend lengthy texts, deal with concepts that are abstract or counterintuitive, and establish distinctions between fact and opinion, based on implicit cues pertaining to the content or source of the information.

Ini pula performance pelajar Vietnam untuk ujian Reading yang sama, menggunakan English atau Vietnamese text:

Some 77% of students in Viet Nam attained Level 2 or higher in reading (OECD average: 74%). At a minimum, these students can identify the main idea in a text of moderate length, find information based on explicit, though sometimes complex criteria, and can reflect on the purpose and form of texts when explicitly directed to do so. The share of 15-year-old students who attained minimum levels of proficiency in reading (Level 2 or higher) varied from 89% in Singapore to 8% in Cambodia.

In Viet Nam, 1% of students scored at Level 5 or higher in reading (OECD average: 7%). These students can comprehend lengthy texts, deal with concepts that are abstract or counterintuitive, and establish distinctions between fact and opinion, based on implicit cues pertaining to the content or source of the information.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-4-2024 11:19 AM
budaya favoritism ni akan ada di mana2...itu pe'el manusia, bukan di sekolah saje, pejabat, tempat ...

Tapi greentea suka yg hitam nalla...boleh senak peyut katanya dlm terowong dua anak gajah boleh buat u turn nya....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:20 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 30-4-2024 03:14 PM
Tapi greentea suka yg hitam nalla...boleh senak peyut katanya dlm terowong dua anak gajah boleh bu ...

once you go black...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:33 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 30-4-2024 03:38 PM
ifanonline replied at 30-4-2024 10:54 AM
bukan salah cikgu...tetapi menteri dan pihak kementerian

tiada tindakan tegas di ambil oleh pihak ...

Memang betul, cikgu yang berkualiti diperlukan untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti. Ini adalah situasi yang ideal.

Unfortunately, dalam hidup ini, kita tak boleh berfikir secara ideal semata-mata. Kerana, sesuatu yang ideal tidak wujud dengan mudah dalam semua keadaan. Selain ideal, apa yang lebih penting adalah berfikir secara realistik atau pragmatik.

Malaysia mempunyai sekitar 400,000 guru. Mendapatkan 400,000 pelajar pandai untuk menjadi guru cemerlang adalah situasi ideal. Tetapi, secara realistik, adakah ini suatu keadaan yang mudah untuk diwujudkan? Is it feasible or not?

Pertama, kita tanya diri kita, “Adakah aku pelajar pandai atau tidak?”

Kalau jawapannya adalah, “Ya, aku adalah pelajar pandai”, kita tanya diri kita lagi, “Adakah sekarang aku sedang mengajar di sekolah?”

Kalau kita adalah pelajar pandai tetapi kita sendiri tidak mengajar di sekolah, kenapa kita tidak mengajar di sekolah? Bukankah pelajar pandai yang menjadi cikgu dan mengajar di sekolah adalah situasi yang ideal?

Kalau kita bukan pelajar pandai, kita adalah sebahagian daripada statistik yang menerangkan tentang kelemahan pelajar Malaysia dalam aspek pendidikan. Malaysia adalah negara yang corot dalam pencapaian pendidikan. Contoh negara yang corot dalam pendidikan adalah Jordan dan Phillipines.

Malaysia masih belum layak untuk berada dalam kelompok negara sederhana. Contoh negara sederhana dalam pendidikan adalah Turkiye atau Australia. Contoh negara yang cemerlang dalam pendidikan pula adalah Singapore, Japan dan South Korea.

Situasi di Malaysia tak sama macam situasi di Singapore, Japan atau South Korea. Apa maksud negara yang cemerlang dalam pendidikan? Negara itu menghasilkan ramai pelajar pandai dan sedikit pelajar lemah.

Apa maksud negara yang corot dalam pendidikan? Negara itu menghasilkan sedikit pelajar pandai dan ramai pelajar lemah.

Secara logiknya, tentulah Singapore, Japan atau South Korea mudah mendapatkan pelajar pandai untuk menjadi guru. Kenapa? Sebab mereka mempunyai ramai pelajar pandai.

Dalam konteks Malaysia, bagaimana Malaysia ingin recruit pelajar pandai untuk menjadi guru seperti di Singapore? Apabila realitinya, pelajar pandai di Malaysia adalah sedikit. Pelajar pandai yang sedikit inilah yang ingin menjadi doctor, atau bekerja di syarikat seperti Petronas, Khazanah dan Microsoft.

Kenapa Malaysia boleh recruit ramai pelajar lemah untuk menjadi guru? Sebab Malaysia menghasilkan ramai pelajar lemah. Pelajar lemah ini pilih untuk menjadi guru sebab mereka perlukan gaji untuk survive dalam kehidupan.

Kalau parents nak tunggu sekolah Malaysia mempunyai guru yang pandai dan cemerlang, ini adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Tapi, kita masih ada good news!

Walau pun Malaysia adalah negara corot dalam pendidikan, Malaysia masih mempunyai pelajar cemerlang. Even di kalangan masyarakat Melayu sendiri, kita mempunyai pelajar Melayu yang mempunyai kepandaian setaraf dengan pelajar negara maju. Jadi, kita belajarlah daripada parents seperti ini.

Anak siapa yang pandai dekat sekolah anak kita? Kita boleh belajar daripada parents tersebut, “Puan / Encik, macam mana Puan / Encik boleh produce anak pandai? Apa teknik-teknik yang Puan / Encik guna?”

Suruh PIBG buat sharing program. Nak buat face-to-face boleh. Nak buat secara online pun boleh.

Lepas belajar daripada parents pandai sekolah anak kita, kita belajar pula daripada parents pandai yang lain. Panggil parent yang anaknya dapat scholarship  atau masuk medic school di Universiti Malaya. Panggil parents Cina yang pandai pun boleh.

Panggil expert yang relevant untuk membina kepandaian. Contohnya, psychologist atau psychiatrist kanak-kanak dan remaja. Tanya pakar, “Doktor, macam mana nak buat supaya anak rajin belajar? Doktor, macam mana nak buat supaya anak tak addicted main game?”

Aturkan program supaya pelajar pandai menjadi tutor. Tolong ajar kawan-kawannya. Pelajar pandai juga boleh dilatih menjadi supervisor. Tolong supervise komitmen dan pencapaian kawan-kawannya.

Even dekat Forum Cari ini, banyakkan thread tentang ABC – bagaimana menghasilkan Anak yang Baik dan Cerdik.

Bukankah semua teknik di atas adalah sesuatu yang lebih realistic and feasible?

Di negara-negara seperti Singapore, Vietnam dan South Korea, bukan sekadar guru saja yang cemerlang. Tapi, yang paling utama, parents turut menunjukkan komitmen yang tidak berbelah-bahagi terhadap kecemerlangan anaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067081 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list