CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4306|Reply: 4

[Tempatan] Mangsa kemalangan jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000

[Copy link]
Post time 29-4-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Jalan berlubang: Mangsa kemalangan dapat ganti rugi RM721 ribu
Diterbitkan:  Apr 29, 2024 12:26 PM



Seorang lelaki menerima bayaran ganti rugi sebanyak RM721 ribu daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan akibat kecederaan selepas merempuh jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mangsa, Razali @ Mohd Leey Subeh berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Razali terlanggar jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai ketika dalam perjalanan dari Taman Cendana ke taman perumahan tersebut kira-kira jam 10 malam, 11 Februari 2021.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan kerosakan motosikalnya.

Plaintif (mangsa) memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua namun menarik balik saman terhadap responden kedua pada 16 Mei 2022.

Sazlina memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kemalangan ini.

"Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa dari tarikh kejadian (11 Feb 2021) sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022, lubang itu kekal di tempat kejadian tanpa sebarang pembaikan, seperti yang diakui oleh semua saksi.

"Mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

"Syarikat itu juga mengemukakan kenyataan bercanggah dalam pembelaan mereka apabila pada mulanya mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang jalan berlubang, tetapi kemudian menemui jalan berlubang yang disebabkan oleh kerja-kerja kemudahan awam," katanya dalam alasan penghakiman yang disiarkan di laman web kehakiman semalam.

Pada masa sama, mahkamah mempercayai jarak penglihatan yang terhad dan pencahayaan yang tidak mencukupi menyebabkan mangsa mengalami kemalangan di kawasan tersebut.

Syarikat tersebut didakwa gagal menjalankan tugas untuk menyelenggara jalan berkenaan dan bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

Plaintif mendapat RM352,947.33 sebagai ganti rugi khas dan RM368 ribu sebagai ganti rugi am.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rayu tu tak dpt lagi la duit..huk3
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:30 PM | Show all posts
"Syarikat itu juga mengemukakan kenyataan bercanggah dalam pembelaan mereka apabila pada mulanya mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang jalan berlubang, tetapi kemudian menemui jalan berlubang yang disebabkan oleh kerja-kerja kemudahan awam,"

Wah2..nampak sangat check lubang kat jalan pun cincai pastu pastu tetiba tukar statement nak taici ke kontraktor lain nampakk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:54 PM | Show all posts
semoga lebih banyak rider peka bab ni... banyak eksiden langgar lubang ni...

kat bandarrrraya klang tu, bersepah lubang berzaman2, dan jalan dah hilang pudar line jalan... kalau tu punca eksiden mati/cacat boleh cuba nasib buka kes, mana tau menang rezeki saman..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055385 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list