CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8939|Reply: 84

[Jenayah] Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar

  [Copy link]
Post time 30-4-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 30-4-2024 05:36 PM

Rosli Che Mohamed didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menipu status tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Sitiawan, Manjung, 12 tahun lalu.(Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan pendaftar hakmilik Pejabat Tanah dan Galian Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menipu status tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Sitiawan, Manjung, 12 tahun lalu.

Rosli Che Mohamed, 64, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ibrahim Osman, lapor Sinar Harian.


Mengikut pertuduhan Rosli didakwa menipu Lembaga Tanah Ladang Negeri Perak untuk mempercayai bahawa tanah No. Hak Milik PN 174770-174772, No Lot PT 17527-17529 di Sitiawan, adalah bukan Tanah Rizab Melayu melalui borang pembetulan data Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak bertarikh 25 Mac 2011.

Disebabkan perbuatan itu ia telah mendorong agensi negeri meluluskan permohonan pecah sempadan tanah itu kepada 317 Plot seluas kira-kira 649.2 hektar kepada Nadi Agrobusiness Sdn Bhd yang mana Lembaga tersebut tidak akan berbuat demikian sekiranya ia mengetahui perkara tersebut adalah tidak benar.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada 4 Jan 2012.

Rosli didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor kemudian mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Syahrul Nizam Mohd Rabi merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghidap sakit jantung dan perlu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara setiap enam bulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dan menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 03:16 PM | Show all posts
patutlah tanah rezab melayu semakin hilang, rupanya ada Buang didalam pejabat tanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Luas giler kot tanah tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berdasarkan sejarah, orang isle hancur disebabkan oleh pengkhianat dari kalangan orang isle sendiri, yang mengkhianati saudaranya dan melanggar batas larangan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:30 PM | Show all posts
perlu eh buat tajuk untuk emphasize seorang muslim pun boleh buat dosa.....

adik beradik yg keluar dari perut yg sama pun boleh berbunuh sesama sendiri apabila melibatkan duit...ini kan pula setakat sedara se isle
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-4-2024 03:25 PM
Luas giler kot tanah tu

Ya luas. 1 hektar lebih kurang standard padang bola. So sekitar 600 padang bola
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pernah ku lihat dan kenal nama rentua ini tapi di mana ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 30-4-2024 03:31 PM
Ya luas. 1 hektar lebih kurang standard padang bola. So sekitar 600 padang bola

Besar giler impact perbuatan pak cik ni jika betul dia bersalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 03:40 PM | Show all posts
Paper semalam sebut dia pecah lot utk juai kat non bumi. Ratusan hektar tu mat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti company tu tau. takkan buat² tk tau.
sita je harta pakcik ni.walau dah 12 thn ntah apa je lah yg tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:49 PM | Show all posts
Takde ke yg boleh bongkar sikit PTG ni..?? Mana2 location kebal semacam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-4-2024 03:52 PM

Ari tu iols g PTG Gombak nk tukar hak milik tanah. Ada sorang acik ni meroyan maki2 pegawai kt situ ugut nk report sprm bagai. X sempat pula iols nk menemuduga acik tu apa sbnrnya terjadi. Tp bila tgk kes Ammar Baharin dan kes terbaru ni mmg iols dh x caya PTG2 ni. Better kita tiap2 tahun check hak milik tanah kita mana tau tiba2 berkurang dan dh tukar pemilik walaupun tiap2 tahun byr cukai x pernah gagal
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal pacik pakai kopiah?
Kepala botakkah?
Nak minta simpati supaya org kesian?
Masa menipu tak ingat Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:55 PM | Show all posts
cantthinkofany replied at 30-4-2024 03:30 PM
perlu eh buat tajuk untuk emphasize seorang muslim pun boleh buat dosa.....

adik beradik yg keluar  ...

perlu sis sebab orang kapir bila buat dosa tak announce satu dunia dia kapir

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 04:02 PM | Show all posts
Punat_button replied at 30-4-2024 03:55 PM
perlu sis sebab orang kapir bila buat dosa tak announce satu dunia dia kapir

oooohh...ohkay....betol2....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 04:14 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-4-2024 03:52 PM
Apsal pacik pakai kopiah?
Kepala botakkah?
Nak minta simpati supaya org kesian?

Sekarang umor 64. Mungkin dah insof.
Doblas tahun lepas, dia buat kerja-kerja kotor ni.
Persiapan menjelang pencen dengan harapan boleh menikmati momen-momen imbuhan penggalak yang infiniti.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..amboii...kemain yach suka suki jual tanah rezab melayu pastu salahkan Dap melayu tertindas bagai.padahalll:
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-4-2024 04:30 PM
Amboi..amboii...kemain yach suka suki jual tanah rezab melayu pastu salahkan Dap melayu tertindas ba ...

Jika ada Melayu mengkhianati Melayu, bukan bermakna DAP inesen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 06:37 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-4-2024 04:30 PM
Amboi..amboii...kemain yach suka suki jual tanah rezab melayu pastu salahkan Dap melayu tertindas ba ...

bukan ke geng dap yg suka hulur rasuah ke especially dkt geng ptg ni? kenapa tak hentam diorang jugak sis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.119444 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list