CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10438|Reply: 2

[Tempatan] Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali​

[Copy link]
Post time 30-4-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali​April 30, 2024 @ 9:28am



Gambar hiasan


JERANTUT: Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lalu.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Aziz Saini, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendaftar kelahiran anaknya lebih daripada sekali ketika membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Jengka, dekat sini pada jam 1.10 tengah hari, 12 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1)(g) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pembantu Pegawai Pendakwaan JPN, Mohd Jeffri Abd Rashid memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Datuk Dr Ng See Teong yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya seorang peniaga kecil-kecilan dan menyara keluarga.

Berdasarkan fakta kes, bapa tiga anak itu datang ke JPN tahun lalu untuk membuat pendaftaran lewat kelahiran anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun, namun semakan JPN mendapati remaja terbabit sudah memiliki sijil kelahiran atas status bukan warganegara.

Sijil kelahiran itu didaftarkan dan dikeluarkan pada 9 Januari 2008 di JPN Jengka dan diletakkan bawah status bukan warganegara kerana Abdul Aziz ketika itu gagal mengemukakan sijil perkahwinannya bersama isterinya warganegara Kemboja.

Tertuduh membuat permohonan baharu sijil kelahiran anaknya tahun lalu menerusi kategori Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan kali ini membawa sijil nikah bersama pasport isteri.

Hasil soal siasat, tertuduh mengesahkan dan mengaku menyimpan sijil kelahiran asal atas nama anaknya itu dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk dibuat penahanan dokumen. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu thn depan dh nak spm. Kalau stateless nanti mmg susah nak duduk spm unless skolah mohon ke jpn. Dulu kawen tak urus elok2 status bini. Skrg anak dh besar br ingat nak atur, tu pun lewat sampai double daftar sampai masuk court. Ikut sangat kepala sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 05:57 PM | Show all posts
Kan tak memasal kena denda beribu.  kalau guna duit tu settle hal anak kau kan lagi baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.382265 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list