CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4092|Reply: 0

[Tempatan] MCMC Buat Laporan Polis Terhadap Murray Hunter

[Copy link]
Post time 30-4-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Murray Hunter.

(Berita Harian) – Ia susulan tuduhan oleh penulis itu mendakwa MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
MCMC dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa tohmahan oleh penulis blog itu adalah tidak berasas.

“Sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Selain itu, MCMC juga berlandaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta semua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” katanya.


MCMC berkata segala tindakan penguatkuasaan diambil pihaknya adalah mengikut proses dan prosedur ditetapkan yang termaktub dalam bidang kuasanya sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara.

“Justeru itu, penulisan Murray Hunter dilihat berunsur fitnah apabila beliau secara terbuka menuduh MCMC bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk kepentingan diri.

“Beliau turut melemparkan tohmahan bahawa MCMC dan PDRM bertindak menakutnakutkan masyarakat,” katanya.

MCMC berkata penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

“Selain itu, tindakan memuat naik kandungan memfitnah dan menghina MCMC juga adalah satu kesalahan.

“Sekiranya Murray Hunter mempunyai sebarang aduan terhadap MCMC, beliau perlu tampil untuk membuat aduan melalui saluran rasmi.


“MCMC sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya ke atas Murray Hunter dan lain-lain pihak berkaitan,” katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.358375 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list