CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14327|Reply: 25

[Tempatan] 30 buah kereta tersadai didakwa terkena paku ‘ditabur’ di Karak

[Copy link]
Post time 1-5-2024 12:46 AM | Show all posts |Read mode

30 buah kereta tersadai didakwa terkena paku ‘ditabur’ di Karak

Oleh FATIN FILZATI BADRUL
30 April 2024, 10:10 am



Tangkap layar menunjukan hampir 30 buah kereta tersadai disebabkan tayar pancit terkena paku yang bertaburan di atas jalan raya.


PETALING JAYA – Kira-kira 30 buah kereta tersadai kerana mengalami kebocoran pada tayar akibat terkena paku yang didakwa ditabur oleh pihak tidak bertnggungjawab di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di Lebuh Raya Karak pada pukul 10 malam tadi.


Menurutnya, jenis paku tersebut mempunyai bentuk yang sama pada semua tayar kenderaan yang terkesan.




Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian berkenaan.

“Tiga hari lepas kereta kena paku, yang peliknya paku yang ini macam alloy aluminium, mesti ada lubang di tengah. Bila paku ini masuk dalam tayar, tayar terus kempis,” komen @Iwan.

“Budak yang letak paku itu mesti kena upah, cari dan tangkap siapa yang upah mereka,” komen @suriaahmad.

“Mula dari tengah hari semalam, saya nampak banyak lori towing (tunda) atas jalan, mungkin kebetulan. Harap pihak berkuasa siasat siapa pelaku,” komen @qabil. -KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tas-jalan-di-karak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2024 12:47 AM | Show all posts
Kereta bergoyang rupanya kena serpihan besi – Pengguna LPT


Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
30 April 2024, 5:42 pm





MOHD Amirrul Ariff menukar tayar keretanya yang pancit di LPT1 di Bentong malam semalam.




BENTONG – Kejadian kebocoran tayar kenderaan akibat terlanggar serpihan besi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) malam semalam menggemparkan pengguna lebuh raya berkenaan dan juga penduduk setempat.


Difahamkan kejadian berkenaan melibatkan tiga daerah laluan LPT1 iaitu Bentong, Temerloh dan Maran yang melibatkan puluhan buah kenderaan yang tersadai di tepi lebuh raya utama ke pantai timur itu.




Bagaimanapun setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai jumlah kenderaan terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.




Seorang pengguna jalan raya, Mohd Amirrul Ariff Shamsudin,30, berkata, kejadian berkenaan mengejutkan dan menyebabkan dia dan pengguna jalan raya lain terpaksa menanggung kerugian.


Dia yang dalam perjalanan dari Bentong ke Lanchang kira-kira pukul 9 malam semalam berkata akibat kejadian itu dia terpaksa menanggung kerugian apabila dua tayar belakangnya bocor dan terpaksa diganti baharu.


“Selepas kira-kira dua kilometer perjalanan daripada Plaza Tol Karak saya terdengar bunyi letupan di bawah kereta dan tidak lama kemudian berasa pemanduan tidak selesa sebelum saya memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat tayar kanan bocor sebelum menukarkannya.


“Saya meneruskan perjalanan dan kira-kira pukul 10 malam saya berasa tayar seperti melanggar tin minuman dan selepas itu kenderaan bergoyang dan saya meneruskan perjalanan hingga ke Hentian Rehat Lanchang,”katanya.


Beliau berkata selepas melakukan pemeriksaan dia mendapati tayar belakang kirinya pula bocor dan kemudiannya telah menukar tayar baharu yang dibawa kakaknya ke situ.




“Kebetulan semasa saya menukar tayar kereta ada sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Terengganu turut berhenti di kawasan rehat berkenaan kerana dua tayar belakangnya bocor.




“Sebelum sampai ke tempat rehat ini saya dapati ada tiga buah kenderaan tersadai di tepi jalan kemungkinan akibat tayar pancit,”katanya di sini hari ini.


Dalam pada itu beliau berkata sebaik sahaja menukar tayar keretanya, peronda LPT telah datang untuk membantu dan meminta dia membuat laporan polis.


“Peronda LPT juga menyatakan kes itu berlaku dari Karak sampai ke Maran yang melibatkan lebih 100 buah kenderaan termasuk motosikal. Bukan paku yang ditabur seperti ditularkan kerana ia adalah besi dan serpihan besi, saya nampak berkilat di atas jalan,”katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lanchang di Temerloh.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, setakat tengah hari ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis mengenai kejadian terbabit. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... t/?utm_source=dable

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 12:48 AM | Show all posts
Edited by antikorok at 1-5-2024 12:57 AM












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sabotaj besar²an ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang baru tau ker?

Dah lama kot kerja mcm tuh....tp this time mcm besau2 plak
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perodua Vios tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt tangkap ni kasi hukum bunuh je..ni dh mcm cubaan nk bunuh orang celaka la sapa punya kerja ni..i doa masa tgh buat kerja tu kena lenyek dgn lori biar mampos cepat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 07:46 PM | Show all posts

Serpihan besi di LPT1: Tiada unsur khianat, Anih tetap buat laporan polis

Asrol Awang
am@hmetro.com.my


GAMBAR Hiasan. FOTO BERNAMA


Kuantan: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan bahawa tiada unsur khianat susulan kejadian tayar beberapa kenderaan pancit selepas melanggar serpihan besi di lebuh raya itu pada 29 April lalu.

ANIH Berhad dalam kenyataan hari ini, ia berdasarkan siasatan awal tetapi pada masa sama pihaknya turut membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada jam 8.15 malam, 29 April lalu membabitkan beberapa kenderaan pengguna melanggar objek serpihan besi yang tercicir daripada muatan lori yang membawa barangan lusuh dan kitar semula LPT1.

"Pihak LPT Ronda bertindak dengan segera mengambil langkah yang sewajarnya termasuk membantu pemandu yang terbabit dalam kejadian itu.

"Berdasarkan rekod petugas peronda, tiada sebarang kecederaan direkodkan daripada pengguna. Kerja pembersihan dilaksanakan dan selesai sepenuhnya pada jam 11.45 malam," katanya.

Disiarkan pada: Mei 1, 2024 @ 6:23pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-laporan-polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah dorg yg buat kje ni caya lah
Hidup dorg bkn aman tenteram pun


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 1-5-2024 07:26 AM
Dpt tangkap ni kasi hukum bunuh je..ni dh mcm cubaan nk bunuh orang celaka la sapa punya kerja ni..i ...

mende TER cicir dr lori...bukan sengaja pon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-5-2024 08:08 PM
mende TER cicir dr lori...bukan sengaja pon.

Tersadai tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pure evil betul kalau sengaja menganiaya random mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 1-5-2024 08:31 PM

Ari tu iols accident involve 5 kete. X smpi 10 minit tiba2 byk runner dtg tanya khabar. Iols terus rasa suspicious cemana bole dtg seawal tu. Iols pun malas nk layan dh ambil semua gambar kete2 lain dan video iols pun terus g wat report polis kt balai trafik hs lee.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:50 PM | Show all posts
Tiada unsur khianat.?  Mana datangnya serpihan besi bnyk2 gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-5-2024 07:04 AM
Korang baru tau ker?

Dah lama kot kerja mcm tuh....tp this time mcm besau2 plak

Apa tujuan tabur benda tajam camtu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni adik aku citer masa dia dengan beberapa staff satu opis ada trip ke kl. Belah balik tu lepas keluar je dari terowong menora, adik aku yang drive tu rasa tayar tu something dah. Waktu tengah laju turun bukit tu, tayar kenderaan diorang naik tu pecah ok..melelong2 adik aku try control stereng tak kasik terbabas. Mujur le dapat handle dengan baik dan diorang dapat call plus untuk towing. Dah ler time tu kul 2am..kalau nasib buruk, dah arwah dah katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Malam2 pulak korang buat keje kan. Mujur la takde ape2 jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 2-5-2024 07:13 AM
kotakbaju replied at 1-5-2024 10:51 PM
Apa tujuan tabur benda tajam camtu


Cari duit uols...nti kat depan tuh bnyklah towing tunggu2...kalo kat selekoh slalu curah minyak...dolu2 lagilah kat area genting tuh...pas tuh dtg org luar bw ketee laju n motor laju2..disalahkan pula pemandu keter..buwekkkkssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:57 AM | Show all posts
kalau ada yang khianat, semoga tak tenang hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 10:03 AM | Show all posts
selalu buat kerja mcm ni adalah keling
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.105587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list