CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

  [Copy link]
 Author| Post time 1-5-2024 06:20 PM | Show all posts

Gaji naik: Penjawat awam perlu pertingkat prestasi dan produktiviti – TPM

Oleh Reza A Hamid - 1 May 2024


Ahmad Zahid menunjukkan kemahiran mengacau dodol pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 Parlimen Jelebu & UMNO Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Parlimen Jelebu, Simpang Pertang, di sini hari ini.


JELEBU – Timbalan Perdana Menteri mahu kenaikan gaji tertinggi yang bakal dinikmati penjawat awam di seluruh negara bergerak seiring dengan kualiti kerja yang lebih baik selepas ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana kerajaan sudah berkorban memberikan kenaikan gaji disaat kedudukan kewangan negara kurang memuaskan atas faktor tekanan ekonomi.

“Tentunya produktiviti dan prestasi amat diharapkan dan saya yakin pegawai kerajaan serta kakitangan (awam) keseluruhannya akan melipat gandakan produktiviti dan prestasi mereka.

“Saya tak nampak ada masalah besar untuk menuju ke arah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO itu hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 Parlimen Jelebu dan UMNO Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Parlimen Jelebu, Simpang Pertang, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.



Ahmad Zahid Hamidi

Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi mengumumkan berita gembira penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar tersebut akan lebih tinggi daripada itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut membidas pandangan sesetengah pihak yang menganggap pengumuman Perdana Menteri itu adalah ‘gula-gula’ politik ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bermula Isnin lalu.

“Hari ini adalah (cuti umum) Hari Pekerja 1 Mei, (namun) apa pun dibuat kerajaan pastinya pelbagai interpretasi akan dibuat dan kita di pihak kerajaan tak pedulikan interpretasi itu.


“Sebagai sebuah kerajan yang bertanggungjawab, tentunya untuk memenuhi apa yang selama ini dijanjikan oleh kerajaan melalui Perdana Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2024 ... n-produktiviti-tpm/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2024 06:28 PM | Show all posts
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar hadapi inflasi - Ahli ekonomi

01 Mei 2024 05:56pm



Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.

Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata, menerusi peningkatan kecekapan dan disiplin fiskal, kerajaan juga berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menanggung kenaikan gaji.

"Bagi memastikan kenaikan gaji tidak terkesan dengan kenaikan kadar inflasi, usaha serentak untuk meningkatkan produktiviti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta serta meminimumkan kenaikan harga yang tidak adil diperlukan.

"Ini akan memastikan kuasa beli susulan kenaikan gaji itu tidak terkesan oleh kenaikan inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai Disember depan, antara peningkatan tertinggi dalam sejarah negara, membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion.

"Peningkatan itu akan melebihi 13 peratus... peningkatan terbaik dalam sejarah kerajaan MADANI,” kata Anwar dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam mesti mencapai melebihi RM2,000 sebulan.

"Ketika ini, keseluruhan pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap adalah RM1,795 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenaikan itu dijangka memberi kesan positif kepada sentimen dan keyakinan dalam kalangan kira-kira 1.7 juta penjawat awam.

"Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, beliau juga menggalakkan sektor swasta mengambil langkah yang sama. Jika direalisasikan, ia pasti memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna yang menyumbang 61 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023,” katanya.

Mengenai langkah mengimbangi peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk gaji penjawat awam, Mohd Afzanizam berkata, kerajaan konsisten dalam rasionalisasi subsidi terutamanya mengenai bahan api, dijangka dilaksanakan tahun ini.

"Ini akan membolehkan kerajaan memperuntukkan semula sebahagian daripada penjimatan pengurangan subsidi ke arah meningkatkan gaji kakitangan kerajaan yang boleh membantu mempercepatkan produktiviti dan semangat dalam kalangan penjawat awam.

"Cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada 6.0 hingga 8.0 peratus kecuali untuk makanan dan minuman serta berkaitan komunikasi juga akan meningkatkan tabung kerajaan yang boleh membantu mengembangkan ruang dasar untuk kerajaan persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, mungkin terdapat tekanan terhadap harga kerana permintaan daripada pengguna akan lebih tinggi.

"Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan salah satu pemangkin utama untuk penggunaan swasta bersama-sama dengan langkah lain seperti program pemindahan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

"Ini telah dicerminkan dalam julat luas dalam unjuran kadar inflasi sekitar 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024 (2023: 2.5 peratus). Julat yang luas itu menunjukkan ketidaktentuan mengenai perubahan dasar yang mungkin memberi kesan kepada harga,” katanya. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/a ... lasi---ahli-ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 1-5-2024 06:06 PM
Ada member bini cikgu gred 48, dia dah buat kira² utk bini dia kalau 15% kenaikan dekat rm1100 jg ...

Betul la tu. Aku lebih kurg tu jgk cuma aku tmbh 5% elaun kritikal. Tp aku mls nk tmbh apa2 komitmen. Hidup sama je. Melainkan minyak petrol naik giler2. Aku terpk nak amik axia. Bwk estima ni sebln rm600. Minyak xde subsidi nanti mungkin naik rm1.3k-1.5k. Axia rm200 dpt tak sebln?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 05:14 PM
Mmg zakat je la kan. Sspn pun thn ni xde. Laki iols rm150k je sethn. Dia ckp adan uker kena byr ta ...

Laki iols bising2 kna bayar tax byk i balas gaji byk kena bykkn memberi zakat bru hati tenang
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 1-5-2024 01:09 PM
Kenaikan 15% tu rasanya yg maksima, utk gred bawahan saja.... Yg gred atas2 jgn mimpi double digit ...

Kalau macam tu sekali lagi yang gred bawahan naik gaji basic silap2 dah melebihi gaji yg gred 41 yg berijazah. Bila kerja tunggu pegawai suruh, tak suruh tak buat. Jauh sekali nak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 1-5-2024 06:09 PM
Zakat nie kita byr byk pun takpe kan? Atau kena buat kira² jgk berapa nak bayar?

Waktu bila sesu ...

Nk kira2 sndri guna calculator yg ada mcm kt website zakat selangor or pegi pejabat zakat kira2 kt sna pn boleh..
Klu calculator zakat selangor tu pn ada 2 cara kot, ada yg lps tolak tanggungan (gaji bersih), ada yg ikut gaji kasar.. tu bru zakat pendapatan, blum kira zakat simpanan lg klu ada 100-200k dlm ASB. Harta2 lain lg..

Laki iols buat 2x bayar sedebuk dlm tengah n hujung tahun n potong gaji bulan2 pn ada...iols buat akhir tahun je lps dpt bonus, xda buat potong gaji bulan2 pn sbb plg byk pn 3-4 ribu setahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 1-5-2024 12:26 PM
Purcaya ka???????

Yes percaya sbb tahun lepas bangnon ckp nak bagi 2ribu...benda tu terjadi...so mmg percaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 1-5-2024 06:59 PM
Yes percaya sbb tahun lepas bangnon ckp nak bagi 2ribu...benda tu terjadi...so mmg percaya

Kalau bonus pun takat 2 ribu je xleh bg sebulan bonus...mane dtgnye duit nak byr 15% increment?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I gaji rm11k..mustahil dpt kenaikan 15 percent..mesti ikut portion gaji gak tu..maybe yg gaji rendah je naik 15 percent..naik 5 percent dah hoye utk i...pastu elaun still ada ke..apa pun tunggu dis lah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi ke? Jgn ujung² jd api dlm sekam dh ler.harap jgn abaikan pekerja swasta sbb ramai supporters drp golongan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I korek pekeliling kenaikan gaji 2007. Gred rendah kenaikan 35%, level pegawai 15%, pengurusan tertinggi 7.5%.

Apapun i harap ni pengubat kepada kawan i yg hari2 mengadap kerja sampai mlm tp x naik2 pangkat. Sheols cemerlang and staff penting kt jabatan dia but tu la, kekosongan utk kenaikan tu xde. Banyak senior masih tersadai x naik pangkat, so dia pun berhuhu ajalah buat masa sekarang walaupun workload tu dh terlalu berat. Semoga ada sinar utk dia naik pangkat jg later.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-5-2024 04:36 PM
Kenaikan gaji: Penjawat awam tersenyum lebar



Acik eloknya ambik gmbr mengiring sikit
Xde la nmpk sgt melimpah

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-5-2024 05:01 PM
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus

Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia  ...

Perlu ke sheols mengomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm Bajet 2025 bln 10 nnt baru dikeluarkan details
Bln 12 akn mula pengiraan wicis start bln 12 baru dpt merasa gaji naik


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pensioner pun merasa sekurang²nya setengah dari 15% tsb.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:57 PM | Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 06:32 PM
Betul la tu. Aku lebih kurg tu jgk cuma aku tmbh 5% elaun kritikal. Tp aku mls nk tmbh apa2 komitm ...

sama la..lebih kurg iols..tp iol gred 52. kalo btul 15%, increment ~RM 1300. Katakan lah, P&P cuma dpt adjustment half dari max (7.5%), still ok lah ~ RM 650. lagipun KGT iol bulan january, means bulan 12 dpt special increment ni, bulan depannya dpt lg KGT (RM 290). btw, iol pun ada 5% critical allowance jugak. akan maintain expenditure like status quo. extra ni plan nak add on savings je. apa pun details SPPA nanti, tetap syukur alhamdulilah,  masih ada kerja tetap. ramai lg yg struggle kat luar sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gurlfriday replied at 1-5-2024 12:50 PM
Mls nk caya sgt si madanon ni, msti ada catch la


Kalau x percaya..pls quit keje gomen..ramai lagi yg nakkan post tu...
Kalau aiii PM..aii maintain gaji yg sedia ada dan bagi option to those yg x setuju, boleh ambik vss...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 12:52 PM
Hmmm naik dh ke 5 angka. Lhdn tersenyum lebar. Apa2 bersyukurrr

Wahh..gaji ala ala manager dah ni kat private
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:06 PM | Show all posts
Edited by cursebreaker at 1-5-2024 09:43 PM

tgh tgk live awani interview dgn PM..

PM said that, kenaikan 15% ni bukan mcm tahun 2007 (35% utk gred rendah & the % decrease utk gred lg tinggi). Gambaran yg PM bagi as if 15% ni across the board. Ini apa yg iol faham. dengar sekali lalu. and 15% increment dari gaji basic.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cursebreaker replied at 1-5-2024 09:06 PM
tgh tgk live awani interview dgn PM..

PM said & confirmed that, kenaikan 15% ni bukan mcm tahun 20 ...

Biar betik, nota kaki kat bawah tulis gred atas akan ada penurunan peratus kenaikan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.065745 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list