CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10098|Reply: 17

[Tempatan] Cuaca panas: Jual 30 unit penyaman udara sehari

[Copy link]
Post time 1-5-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas: Jual 30 unit penyaman udara sehari



Peniaga di Terengganu tidak menang tangan terima tempahan penduduk, akui jualan melonjak lima kali ganda. Foto hiasan

NORHASPIDA YATIM
01 MAY 2024 6:16 PM


BESUT - Cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan permintaan terhadap penyaman udara melonjak lima kali ganda.

Peniaga barangan elektrik, Norhisham Yunus, 43, berkata, dia menjual 30 unit penyaman udara sehari berbanding hanya lima unit dalam tempoh sama sebelum ini.

Iklan

Iklan
Menurutnya, jualan barangan itu mula meningkat sejak Ramadan lalu dan berterusan sehingga kini menyebabkan bekalan sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang tinggi.

"Buat masa ini permintaan terhadap penyaman udara amat tinggi, ada masanya bekalan yang ada tidak cukup untuk memenuhi keperluan penduduk di sekitar daerah Besut.


"Walaupun harganya agak tinggi, ramai yang memilih untuk membeli penyaman udara kerana tidak tahan berdepan cuaca panas.

"Keadaan ini menyebabkan jualan di premis ini meningkat 10 hingga 20 peratus dalam tempoh sebulan," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Nyireh di sini baru-baru ini.

Selain permintaan terhadap penyaman udara, Norhisham berkata, dia turut menerima peningkatan permintaan bagi kerja-kerja menyelenggara alatan itu.

"Kita juga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan bagi proses menyelenggara dan memasang penyaman udara yang ditempah oleh pelanggan.

"Walaupun mempunyai seramai 10 orang pekerja, saya perlu mengupah pekerja luar kerana tenaga kerja sedia ada tidak mencukupi," katanya.

Menurut Norhisham, harga yang ditawarkan bagi penyaman udara sekitar RM700 hingga RM1,900 seunit bergantung kepada jenis dan jenama barangan tersebut.

Sementara itu, Ahmad Anuar Yunus, 41, berkata, dia mampu meraih upah sekitar RM200 hingga RM300 sehari bagi kerja-kerja memasang dan menyelenggara penyaman udara.

Katanya, dalam sehari terdapat dua hingga tiga tempahan diterima bagi kerja-kerja menyelenggara alatan tersebut.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak kerana kebiasaannya hanya satu atau dua tempahan dalam tempoh seminggu.

"Sejak cuaca panas ini boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima permintaan untuk memasang penyaman udara di sekitar Besut.

"Jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini saya hanya mendapat satu atau dua tempahan sahaja dalam tempoh seminggu dan ia berbeza berbanding sekarang," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/a ... nyaman-udara-sehari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2024 07:42 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:13 PM | Show all posts
murah rezeki di musim panas
mohon yang guna aircond
jangan merempan bila bil elekritik naik mencanak

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tnb tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aircond umah iols semua dapat dr hadiah lucky draw
Mementang la keje berkaitan aircond bila annual dinner,lucky draw pun dapat aircond juga.
Agaknya tahu kita reti pasang aircond sendiri kat umah jd tu yg selalu dpt.



Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:47 AM | Show all posts
Suchi replied at 2-5-2024 08:42 AM
Aircond umah iols semua dapat dr hadiah lucky draw
Mementang la keje berkaitan aircond bila annual d ...

wahhh huntungnyer cuols dpt AC free....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2024 08:51 AM | Show all posts
setiap ketentuan tu, ada rezeki padanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 2-5-2024 08:47 AM
wahhh huntungnyer cuols dpt AC free....

Kebetulan kot tp takda la tiap tahun, lucky draw semua staff akn dapat hadiah cuma hadiah berbeza la ikut luck memasing.kadang tu dpt set periuk la, cash voucher dan mcm2 lg.Hadiah pun tajaan drpd vendor mcm aircond selalunya drpd carrier dan daikin.

Selain tu kalau ada wat part time kat umah  kawan or permis yg dah nk pindah selalunya dorang dh takmo guna aircond yg lama tu. Kalau elok lg takkan nk buang jd suami iols simpan je kat stor nnt kalau ada acik2 kat kg tanya ke or sapa2 yg nak dia bagi je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-5-2024 08:42 AM
Aircond umah iols semua dapat dr hadiah lucky draw
Mementang la keje berkaitan aircond bila annual d ...

untung chuols hb reti psg ekon. mahal woo lagi2 kalau psg 2hp above copper la apa bagai tu mencanak mahai.
umah iols gara2 nak cantik kedudukan ekon jadi jauh dari outdoor unit pastu copper jd pnjg melantun mahal skali dah psg ekon tak brp efficient mujur la bil tak melambung.

mak iols ckp kuala trg pun garing skrg panas berkuap membahang hujan pun tak. kelate mmg hazab dah kemarau jadinya, kesian peladang/petani habis mati hasil tanaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:19 AM | Show all posts
Suchi replied at 2-5-2024 09:08 AM
Kebetulan kot tp takda la tiap tahun, lucky draw semua staff akn dapat hadiah cuma hadiah berbeza  ...

oic...huntung lah menang lucky draw, meols nie seumur hidup tak pnh menang any lucky draw...

baguslah cuols simpan econ lama utk sedekah kan kat org kg...meols last year ada tukar satu AC lama, AC tu masih elok lah, tapi just nak tukar yg lain, AC lama kasi kat org yg installed AC tu...senang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kelantan panas giler..dh setiap hari mcm dk dlm sauna...ni masa raya aritu...kl asyik ujan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 2-5-2024 09:18 AM
untung chuols hb reti psg ekon. mahal woo lagi2 kalau psg 2hp above copper la apa bagai tu mencana ...

Kalau 2hp rm450 tak silap
Oh kalau nak kena tarik copper panjang ke apa tu takleh wat keje sorang kena ada org lain juga so kos juga tu

Dia pun takda la selalu buat kalau kebetulan lapang time hujung minggu je sbb keje hakiki dia pun sibuk gak kadang kena outstation tgk site sana sini sbb company dia keje pun berkaitan ngn aircond tp yg besor2 yg kat dlm shopping mall, hospital dan universiti bagai tu.
Ya utk umah sendiri mmg dia pasang dan servis sendiri la sambil dibantu oleh iols la huhu
Mmg bagus bila ada ada pengetahuan dlm bidang teknikal & kemahiran ni sbb tu kalau ada anak2 yg cenderung ke arah “kolar biru” support je dorang.
Kalau rajin mmg bleh buat duit dan juga dpt jimat byk duit utk maintenance rumah kan.
Mesin basuh rosak, paip air problem, cat umah or  nk pasang itu ini kat umah semua buat sendiri je.


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 2-5-2024 09:19 AM
oic...huntung lah menang lucky draw, meols nie seumur hidup tak pnh menang any lucky draw...

bagu ...

Huhu mcm iols gak susah nk menang lucky draw

Haah biasanya dorang tanak dh aircond plak bila dh lama kaler pun jd kusam kan huhu sbb tu ada yg tukar baru kadang tukar yg lebih bagus cth tukar yg inverter punya ke lebih jimat letrik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli aircond pastu time bayar bil pura2 terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 01:36 PM | Show all posts
aku skrg ni klu kt rmh, aircond mmg 24 jam. jd aku mmg expect bil letrik akan naik sikit berbanding biasa. nk wat camana, dah guna letrik kan, byr je la
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 01:38 PM | Show all posts
aechae replied at 2-5-2024 10:08 AM
Beli aircond pastu time bayar bil pura2 terkejut

Classic type M
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 01:44 PM | Show all posts
baru pasang AC 2.5hp kat hall. kesian tetamu datang beraya berpeluh2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 2-5-2024 01:38 PM
Classic type M

Mcm org beli kereta lah..layak beli n mampu nk maintain byr bulan2 selama bertahun2 tu x sama ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 1.099674 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list