CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 0

[Kelantan] Terminal lama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan diroboh

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Terminal lama LTSIP, Pengkalan Chepa akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek naik taraf fasa 2 lapangan tersebut ketika ini.

KOTA BHARU – Bangunan dan terminal lama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf lapangan terbang itu bagi fasa 2.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek naik taraf LTSIP fasa 2 ketika ini sudah berjalan selepas pembukaan terminal baharu fasa 1 yang beroperasi secara rasmi semalam.

Menurutnya, projek tersebut dijalankan serta-merta selaras agar ia dapat disiapkan mengikut jadual.

“Projek LTSIP fasa 2 ketika ini telah bermula selepas terminal baharu fasa 1 mula beroperasi.

“Ia melibatkan bangunan lama LTSIP yang dirobohkan untuk pembangunan bagi projek fasa kedua,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, LTSIP, Pengkalan Chepa di sini, bersedia untuk menerima penerbangan antarabangsa masuk ke Kelantan hujung tahun ini susulan terminal baharu fasa 1 beroperasi se cara rasmi semalam.

Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, beliau yakin terminal baharu LTSIP itu ketika ini mempunyai kemudahan lengkap untuk menerima penerbangan antarabangsa ke Kelantan.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -naik-taraf-fasa-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list