CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5960|Reply: 3

[Tempatan] Kerajaan setuju Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM

[Copy link]
Post time 3-5-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan setuju LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM
BERNAMA
02-05- 2024 10:41 PM




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat negeri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR.


KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

“Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud ucap terima kasih tapi beliau minta tambah lagi landasan sepanjang 400 meter untuk menjadikan Kelantan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan tersebut dan kita akan laksanakan secepat mungkin supaya jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini malam ini yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Petang tadi, Anwar sempat meluangkan masa hampir 30 minit untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di terminal baharu LTSIP fasa satu yang mula beroperasi semalam.



Pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP itu melibatkan kos RM440 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:46 AM | Show all posts
sekmu nk naiktarap jd international you,

senang sikit hub turun kan china mari kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:49 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:58 AM | Show all posts
kalau friendly dgn PMX senang sikit nak mohon
Kuala Terengganu awal lagi dapat International status sebab dulu under BN.

Kedah nak buat KXP pun masih ngelupur, MB asyik ngutuk orang jer kerja dia...
Sign MOU dgn Korea untuk Maglev train kat Langkawi, tapi tak inform kementerian pengangkutan, nanti bila tiba tiba tak approve, kata federal govt dengki pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.194088 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list