|
[Tempatan]
CUACA PANAS: Murid bakal PdPR? Tutup sekolah jika suhu cuaca lebih 37 darjah Celsius. Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
[Copy link]
|
|
Hari2 ada notis bagitau anak masing2 demam. Sian budak2. Lani boleh pakai baju pj ka. Sekolah anak aku x cakap apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Some people, duduk dalam kelas lagi nyaman/'sejuk' drpd berhimpit dlm rumah sendiri..
Mcm yg kije p pejabat, siap ber baju sejuk ekon 20deg..balik rumah panas gila |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah selangor sejuk ari ni mendung... |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi dlm kelas ada kipas, budak budak minum air cukup, jangan buat aktiviti luar, pakai baju sesuai, ada bumbung ada dinding ada kipas, tak payahlah tutup sekolah. Sama jugak pun keadaannya kalau kat rumah. Melainkan klu tak duduk dlm ekon budak tu mati haa bagilah dia mereput dalam rumah. Sikit sikit tutup sikit sikit tutup.. |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 4-5-2024 10:39 AM
Hari2 ada notis bagitau anak masing2 demam. Sian budak2. Lani boleh pakai baju pj ka. Sekolah anak a ...
Maybe budak tak minum air banyak. Dok rumah klu tak minum air pun boleh demam. Mak ayah kena paksa anak minum air. Jadikan amalan. Badan kita ni selagi cukup air dia susah sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup sekolah jika suhu cuaca lebih 37 darjah Celsius
Kah Woh (tengah) bermesra dengan peserta-peserta yang berjaya memenangi 'Allianz Junior Badminton Championship' di Taiping.
NOOR AINON MOHAMED
05 MAY 2024 7:47 PM
TAIPING - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang melanda beberapa negeri.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, penutupan sesi persekolahan itu bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
"Penutupan sekolah dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.
"Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sirkuit 'Allianz Junior Badminton Championship' di Wintel Sport di sini pada Ahad.
Menurut Kah Woh, pihaknya akan memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada KKM dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.
"Bagi kami, kesihatan murid-murid merupakan suatu perkara yang menjadi keutamaan kepada kita," katanya.
Kah Woh bersama pelajar yang menyertai 'Allianz Junior Badminton Championship' yang berlangsung di Taiping.
Kah Woh bersama pelajar yang menyertai 'Allianz Junior Badminton Championship' yang berlangsung di Taiping.
Media melaporkan amaran gelombang haba dikeluarkan di Pasir Mas, Kelantan apabila daerah itu dikesan menerima suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.
Tujuh lagi daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.
Selain itu, cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan di Padang Terap, Kedah dan Kota Marudu, Sabah
Pada Jumaat melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman terhadap keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas dan langkah tersebut memerlukan penelitian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk diperhalusi
Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia berikutan fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas selain faktor perubahan iklim.
https://www.sinarharian.com.my/a ... h-37-darjah-celsius
Sekolah tutup jika suhu 37 darjah Celsius tiga hari
WONG Kah Woh bersama pelajar yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja Allianz di Taiping, Perak, semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
7 Mei 2024, 8:33 am
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid bakal PdPR?
Mungkin murid dan pelajar perlu bersiap sedia mental dan fizikal sekiranya bakal menjalani PdPR nanti.
SINAR BESTARI
06 MAY 2024 5:02 PM
"Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dilaksanakan jika sekolah-sekolah di kawasan cuaca panas ditutup," kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang seperti dipetik portal tempatan.
Menurut beliau, NUTP menyokong langkah menutup sekolah sekiranya situasi (cuaca panas) memberikan kesan buruk kepada kesihatan murid.
Namun katanya, proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dihentikan biarpun sekolah ditutup.
Mengulas mengenai PdPR, Aminuddin berkata, pengalaman terdahulu sudah tentu membolehkan PdPR dapat dilaksana dengan lebih tersusun dan berkesan berbanding sebelum ini.
Sinar Bestari dalam artikel bertarikh 6 Mei memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, penutupan itu dilakukan berikutan cuaca panas yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/murid-bakal-pdpr |
|
|
|
|
|
|
| |
|