View: 19878|Reply: 14
|
Tiga pegawai kanan polis ditahan babit kes pemerasan bernilai RM1.25 juta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan bernilai RM1.25 juta.
Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini.
“Tangkapan dilakukan terhadap pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor yang berusia 38 hingga 51 tahun.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu, Razarudin memaklumkan kesemua suspek akan direman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas/ Bahagian Undang-Undang / Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemerasan.
“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau.
Tegas beliau, PDRM memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua terlibat dibawah ke muka pengadilan.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat gila ..salah guna kuasa, tamak, sesetengah polis2 Malaysia ni...dah mcm negara India |
|
|
|
|
|
|
|
Peras ugut apa? Macam tak lengkap butir beritanya...nak melahar pun x syok. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-5-2024 05:42 AM
Jahat gila ..salah guna kuasa, tamak, sesetengah polis2 Malaysia ni...dah mcm negara India
Realitinya begitu kak, cuma antara kantoi atau tak jer. Bukan polis jer tapi jabatan, agensi lain pun sama. Ada duit kopi segala kerja jadi tip top. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya di donia..
duit bwh meja. Onz.
|
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 4-5-2024 08:23 AM
Realitinya begitu kak, cuma antara kantoi atau tak jer. Bukan polis jer tapi jabatan, agensi lain ...
Ya betul tu...semua agensi kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
mesti sheriff yang tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone: Peras ugut apa? Macam tak leng ...
Tak boleh berspekulasi takut mengganggu siasatan katanyerrr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara pun Allah dah bagi cash...anak-anak sendiri terlibat jenayah, tak jadi orang, lembam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 4-5-2024 12:58 PM
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara ...
Bak kata ipan anak2 polis x menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perghhh level DSP ehh kene tangkap. Jenayah kolar putih org2 atasan ni terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 4-5-2024 12:58 PM
Kaya kat dunia kejap je..besok dah bersara ko tengok lah cane balasannya. Kadang tu sebelum bersara ...
Biasa kita dengar orang pencen kena scammer kan. Mungkin laaa salah 1 balasan..kita tak kata semua. Tapi kalau ada keberkatan dalam mencari rezeki insyaallah dilindungi selalu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
iTU sbb dari dulu lagi meolls dah bagitau yg anak polis ni mmg ramai yg tak menjadi.. ramai yg jadik bohisa, ada anak luar nikah dengan negro, anak retarded dan mcm2 lagi lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|