CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6060|Reply: 0

[Kelantan] Polis buru dua lelaki dipercayai lepaskan tembakan ke sebuah rumah

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Dua kenderaan Perodua Viva dan Toyota Hilux mengalami kerosakan akibat terkena beberapa das tembakan di Kampung Apa-Apa, Gelang Mas, Jalan Bunut Susu, Pasir Mas, awal pagi tadi. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

PASIR MAS: Polis Kelantan sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan ke sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini, jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata berdasarkan laporan, ketika kejadian pengadu bersama sepupunya sedang tidur di dalam rumah sebelum terdengar bunyi tembakan.

Katanya, dari pintu utama, mereka sempat melihat dua lelaki melarikan diri menggunakan motosikal jenis Y15 dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu, di sini.

"Pengadu kemudian keluar meninjau keadaan di hadapan rumah dan mendapati kereta iaitu sebuah Perodua Viva dan Mitsubishi Triton mengalami kerosakan serta pecah cermin kesan tembakan.


"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, anggota bertugas turut menemui empat kelongsong peluru di hadapan rumah terbabit.

"Kelongsong yang dijumpai disyaki jenis 9 mm dan insiden ini tidak mencederakan mana-mana individu, selain hanya membabitkan kerosakan dua motokar," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah keluarga yang sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Kampung Gelang Mas, Jalan Bunut Susu, dikejutkan dengan beberapa das tembakan, awal pagi tadi.

Meskipun tiada yang tercedera, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi itu menyebabkan dua kenderaan rosak.

Seorang pemuda berusia lingkungan 30-an yang hanya ingin dikenali Yie berkata, meskipun ketakutan, dia memberanikan diri untuk keluar ke kawasan luar rumah selepas keadaan reda untuk melihat apa sebenarnya berlaku.
https://www.bharian.com.my/berit ... kan-ke-sebuah-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 1.248372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list