CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3936|Reply: 12

[Dunia] Indon arah semua rumah sembelih ayam dapatkan sijil halal

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia arah semua rumah sembelih ayam dapatkan sijil halal

https://www.bharian.com.my/dunia ... apatkan-sijil-halal

Mei 6, 2024 @ 12:21am


Gambar hiasan. - Foto NSTP

JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia mengarahkan semua rumah sembelih ayam supaya mendapatkan pensijilan halal mulai Oktober ini bagi memastikan kualiti produk ayam itik yang dikeluarkan.

Menterinya, Zulkifli Hasan, menekankan kepentingan garis panduan baharu ini yang meliputi pelbagai aspek penyembelihan, pemprosesan dengan mematuhi standard halal.

Garis panduan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor masak-memasak untuk memperoleh pensjilan halal menjelang Oktober.

Dalam satu kenyataan beliau berkata:"Keputusan ini menyasarkan untuk melonjakkan keyakinan pengguna, terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim dan meningkatkan persaingan produk Indonesia di peringkat sejagat.

Beliau juga menekankan keperluan menyegerakan pelaksanaan pensijilan halal madatori dan menyatakan kesediaan seharusnya menjadi keutamaan.

"Pensijilan halal adalah penting. Jika tidak sekarang, bila ? Kita tidak boleh menunggu untuk selama-lamanya," kata beliau.

Pada 1 April lalu, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Teten Masduki menyatakan kebimbangannya bahawa menepati tarikh tutup untuk pensijilan halal mungkin mencabar, terutamanya SME dalam sektor masak-memasak.

Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BJPJH) Kementerian Hal Ehwal Agama sedang mempercepatkan proses pensijilan halal menerusi kempen "Halal Mandatori Menjelang Oktober 2024" sejak tahun lalu.

Kempen itu mendidik pemilik perniagaan, pihak berkepentingan dan orang awam mengenai keperluan perundangan untuk pensijilan produk diedarkan di Indonesia, yang menempatkan penduduk Islam terbesar di dunia.

Ia sejajar dengan fasa pertama pensijilan mandatori mulai Oktober ini yang meliputi tiga kumpulan produk – makanan dan minuman, bahan mentah dan bahan tambah serta produk dan perkhidmatan sembelih.

Bulan lalu, BPJPH melaksanakan acara pendaftaran pensijilan halal serta-merta di 5,040 lokasi.

Mereka juga melaksanakan program pemantauan bersepadu dalam sektor huluan di 1,068 lokasi termasuk kemudahan makanan dan minuman serta rumah sembelih di 34 wilayah.

- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
abis selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:48 PM | Show all posts
noh.....kat shopping mall, apa sume tu kira x de sijil halal la
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rkyt indonesia mmg ramai pun tak kisah sembelihan ayam mcm mn.. asalkan bukan babi…. Tkw yg kerja dkt hongkong, taiwan dan ngr2 lain… diaorg sendiri bgtau… diaorg beli je ayam kat pasar sana.. beli kfc je kat sana… bg diaorg asalkan bukan babi sudah… kdg sedih tgk, krjn diaorg tak titik beratkan isu ni.. jd rakyat tak amik berat
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:18 PM | Show all posts
Ayam2 kat Indon sedih....Terasa makan ayam kurus. Bila gigit byk tulang dari daging. Bila aku tanya diorg kata ayam kat sana diternak secara natural bukannya cucuk vitamin jadah semua..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:01 PM | Show all posts
card_reader replied at 6-5-2024 01:48 PM
noh.....kat shopping mall, apa sume tu kira x de sijil halal la

Iya..halal cert rasanya dikeluarkan majlis ulama indonesia so kalau xde ni maksudnya diragui statusnya..KFC sana ada sijil ni so boleh makan dgn yakin..yg tepi2 jalan dan resto yg xde logo MUI ni dikira was2..i pernah je cari makan kt mall tp byk logo buatan sendiri, penjual konfiden je ckp halal tp i x yakin sbb pemahaman diorg lain so better cari KFC





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 08:03 PM | Show all posts
anakkerengga replied at 6-5-2024 02:04 PM
Rkyt indonesia mmg ramai pun tak kisah sembelihan ayam mcm mn.. asalkan bukan babi…. Tkw yg kerja d ...

Rugi kan sbb antara negara dgn populasi muslim terbesar..boleh je jadi hub makanan halal tp x ambik peluang ni



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi pun Indon 90 percent makan.

Apa dikesahnye dgn ayam itik sapi tak sembelih mengikut ahli sunnah wal jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kalau ada sijil halal dn undang2. Problemnya adakah diorg nk ikut dan patuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
.
.
.
kwn aku hampir termkn daging katak yg dia ingat daging ayam...lps tu dia dibwa tgk tpt ternak katak...dia kata katak² kat situ besar² ayam hahahaha...betul ka citer kawan aku tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat jawa timur satu family siap bertudung lahap kulit babi goreng. Rangup lemak2 kata nya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 7-5-2024 02:12 AM
Kat jawa timur satu family siap bertudung lahap kulit babi goreng. Rangup lemak2 kata nya.

Giler bodow punyer indon jongos
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 6-5-2024 02:18 PM
Ayam2 kat Indon sedih....Terasa makan ayam kurus. Bila gigit byk tulang dari daging. Bila aku tanya  ...

Elok la tu sb org ramai tk suka makan ayam cuck2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.454688 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list