CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5636|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes simbah asid Faisal Halim: Suspek pertama bukan pelaku - Ketua Polis Selangor

[Copy link]
Post time 7-5-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Laporan BH mengenai keadaan pemain Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Siasatan polis ke atas suspek pertama yang ditahan berkaitan kes simbah asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim, kelmarin, bukan pelaku dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu yang menaiki motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, nombor pendaftaran motosikal digunakan pelaku dalam kes ini, sama dengan nombor pendaftaran nombor pendaftaran motosikal milik suspek yang ditahan, kelmarin.

"Siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan.

"Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati positif dadah," katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, BH hari ini melaporkan polis menahan suspek kedua, di Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam bagi membantu siasatan polis berhubung insiden berkenaan.

Hussein dilaporkan berkata, suspek berusia lewat 30-an itu ditahan lewat petang semalam, dan permohonan reman ke atasnya dibuat di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

Terdahulu, polis mengesahkan menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara ditahan di Pandan Indah, Ampang dekat sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan. Suspek kemudian direman dua hari untuk membantu siasatan.

Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pelaku-ketua-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list