CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4614|Reply: 0

[Johor] Isi diesel bersubsidi dalam 5 'tangki rahsia', 'balaci' sindiket seleweng diesel ditahan

[Copy link]
Post time 7-5-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

M Kumar menunjukkan lori yang diubahsuai untuk menyeludup minyak diesel bersubsidi dalam OP Taring Landai selepas sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Tampoi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Sindiket yang 'berlakon' membeli diesel bersubsidi di stesen minyak sebelum dijual kepada pemain industri di sekitar negeri ini akhirnya berjaya dipatahkan, pada serbuan tengah malam semalam.

Sindiket berkenaan menggunakan lori tiga tan bertutup kanvas bagi mengaburi mata pekerja stesen minyak, sebelum diesel berkenaan disedut ke lima tangki yang disembunyikan di belakang lori terbabit.

Bagaimanapun, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, hasil makluman awam dan risikan, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket itu.

Kata beliau, pemandu lori berusia 57 tahun yang dipercayai ahli sindiket ditahan pada serbuan selepas gagal mengemukakan dokumen sah daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


"Unit Risik Marin (URM) PPM Wilayah Dua menerima maklumat berkaitan sebuah lori tiga tan mencurigakan di sebuah stesen minyak di kawasan perusahaan Tampoi, di sini, jam 12.05 tengah malam, sebelum intipan dilakukan.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori tiga tan itu menemukan lima tangki besar berisi diesel bersubsidi disembunyikan di bahagian belakang kenderaan.

"Taktik digunakan ialah, pemandu lori berlakon mengisi diesel lori berkenaan sebelum mengubah laras di tangki utama. Ia membolehkan diesel subsidi disedut masuk ke lima tangki terbabit," katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi, di sini, hari ini.

Hadir sama Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, setiap tangki boleh diisi dengan sehingga 1,000 liter diesel.

Katanya, ketika pemeriksaan, 3,000 liter diesel bersubsidi sudah diisi dalam tangki itu.

"Pemandu lori diserahkan kepada KPDN untuk proses reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 12 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kumar berkata, hasil siasatan awal, sindiket menjual semula diesel bersubsidi itu kepada pemilik industri di sekitar bandar raya ini untuk mengaut untung atas angin.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ket-seleweng-diesel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058435 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list