CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10789|Reply: 13

[Tempatan] MCA tak takut gerak solo jika Umno tetap mahu ‘cium mulut’ DAP

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode
MCA tak takut gerak solo jika Umno tetap mahu ‘cium mulut’ DAP

https://www.freemalaysiatoday.co ... ahu-cium-mulut-dap/

Nora Mahpar
07 May 2024, 07:49 PM


Presiden MCA Wee Ka Siong mengingatkan Presiden Umno Zahid Hamidi bahawa sebarang keputusan berkenaan BN perlu dibuat secara bersama. (Gambar Facebook)

Wee Ka Siong berkata kenyataan Zahid Hamidi mahu kerjasama BN-PH diteruskan selepas PRU16 tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN.

PETALING JAYA: MCA memberi amaran kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi supaya tidak membuat keputusan bersendirian mengenai rakan kerjasama gabungan itu menjelang PRU16.

Presiden Wee Ka Siong berkata banyak keputusan yang dibuat presiden Umno sebelum ini bersifat ‘unilateral’ atau sebelah pihak, termasuk kenyataan Zahid yang mahu kerjasama BN-PH diteruskan selepas PRU16.

Beliau mengingatkan Zahid bahawa BN masih ada MCA dan MIC, maka sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama.

“Saya tergamam bila presiden (Umno) kata kita akan teruskan kerjasama (dengan PH) selepas PRU16, kerana kita tidak pernah bincangkan di dalam mesyuarat BN.

“Sejak bila ketetapan ini? Belum ada, tak pernah dibincangkan pun dan bagi saya ia hanya cadangan presiden Umno,” katanya dalam siri audio siar Keluar Sekejap dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Wee berkata jika Umno berdegil untuk tetap ‘cium mulut’ bersama DAP pada PRU16, partinya tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16.

“Kalau sebarang keputusan dibuat secara unilateral (sebelah pihak) MCA akan berkecuali,” katanya.

“Kalau sesama kita ada parti komponen dah lari nak memeluk orang lain ke apa bermaksud MCA akan kekal sebagai parti walaupun ditakdirkan berpisah dah tak boleh buat apa sebab kawan kita dah tak setia dengan BN,” katanya.

Wee menegaskan beliau tidak akan membiarkan MCA menjadi ‘bidak catur’ pihak lain.

“MCA tidak boleh diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur mana-mana pihak… yang saya inginkan ialah kesetiaan kepada parti keramat kita BN.

“Saya lihat sekarang… orang dah peluk pihak satu lagi. Bagi saya, ia seolah-olah kita utamakan orang lain. Kita duduk dalam satu keluarga, kemudian jiran kita yang dulunya maki hamun kita sekarang mengintai… dan kita dalam satu keluarga sebenarnya patut bincang, apa pendirian kita, keluarga kita macam mana.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 12:38 PM | Show all posts
Kenapa agaknya MCA tak suka kat DAP?  Padahal sama2 sebangsa walau lain2 perjuangan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri ni yg ade adik beradik convert Muslim kan. Org johor.. Tgok org johor memang kuat bn sikit
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:11 PM | Show all posts
relevan lg ke MCA ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:31 PM | Show all posts
nolya replied at 8-5-2024 12:38 PM
Kenapa agaknya MCA tak suka kat DAP?  Padahal sama2 sebangsa walau lain2 perjuangan?

cam gitu ler pas ngan umno
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:47 PM | Show all posts
nolya replied at 8-5-2024 12:38 PM
Kenapa agaknya MCA tak suka kat DAP?  Padahal sama2 sebangsa walau lain2 perjuangan?

MCA ni sudah tidak kulup...DAP ni masih kulup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2024 12:38 PM
Kenapa agaknya MCA tak suka kat DAP?  Padahal sama2 sebangsa walau lain2 perjuangan?

Bukan tak suka Dap...depa cuma kelirukan ummah jawi jer..umpama pengguna diberi pilihan pepsi dengan coca cola jer.agenda utama masih on.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
No ph
No dap



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggelupor la tu bila skrg dah tak dpt jawatan kat glc mcm zaman Be End dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 8-5-2024 01:11 PM
relevan lg ke MCA ni?

Dah tak relevan. Semua type-c dah sokong DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:03 PM | Show all posts
nolya replied at 8-5-2024 12:38 PM
Kenapa agaknya MCA tak suka kat DAP?  Padahal sama2 sebangsa walau lain2 perjuangan?

dengan gerakan dulu boleh ja kan sama2 bawah bn
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 06:25 PM | Show all posts
Triple_8 replied at 8-5-2024 03:59 PM
Dah tak relevan. Semua type-c dah sokong DAP.

Wah! tahun 2024 ni sudah diciptakan istilah baru iaitu type-c. Type-k or i nak diikutsertakan tak? Bijak2nya menciptakan istilah baru ye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la presiden mca marah. Zh guna nama parti gabungan tp yg dpt madunya zh sorang. Kalo mkn rmi2 maybe nadanya berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
uncle ni cakap melayu elok fasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.304929 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list