CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6445|Reply: 0

[Pahang] 103 projek bekalan air siap di Pahang

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Sebanyak 103 projek membabitkan peruntukan RM121.2 juta berjaya disiapkan melalui Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang dalam usaha memberikan mutu perkhidmatan bekalan air terbaik kepada pengguna di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pada masa sama, kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mempunyai 32 projek yang masih dalam peringkat pelaksanaan.

Katanya, setakat ini, Surat Setuju Terima (SST) sudah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM461 juta.

"Selain itu, projek yang masih belum dilaksanakan sedang giat di peringkat pra pembinaan.


"Kerja-kerja ini termasuk merancang, juru perunding dan mendapatkan kelulusan pelbagai peringkat sama ada pengurusan perolehan atau kelulusan perancangan projek," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy menjawab soalan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN- Inderapura) yang ingin tahu kedudukan semasa kewangan PAIP dalam menampung keperluan pembangunan dan naik taraf bekalan air di negeri itu.

Wan Rosdy berkata, sejumlah 82 projek sedang dalam peringkat prapembinaan membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM1.91 bilion sejajar dengan hasrat kerajaan negeri merealisasikan pengurangan masalah bekalan air kepada 90 peratus pada 2026.

Katanya, kerajaan negeri sedaya upaya membantu PAIP menjadi sebuah syarikat yang mempunyai tadbir urus baikdan mempunyai kewangan yang kukuh.

Beliau berkata, adalah penting untuk memberikan perkhidmatan bekalan air yang baik kepada pengguna.

"Kewangan PAIP menunjukkan satu peningkatan yang ketara. Buat pertama kali dalam sejarah pengkorporatan, PAIP berjaya mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023.

"Usaha ini bukan datang secara sekelip mata, ia sudah pasti hasil saban tahun menerusi tadbir urus yang baik dan penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -air-siap-di-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067048 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list