CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16658|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penjaja ketam nipah didenda cederakan penjawat awam, halang tugas

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Penjaja ketam nipah didenda cederakan penjawat awam, halang tugas


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PENJAJA ketam nipah (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret Georgetown. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Penjaja ketam nipah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan menyebabkan kecederaan.

Tertuduh, Muhammad Ridzuan Al-Hafidz Mohd Alamirul Muben, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Ridzuan Al-Hafidz didakwa dengan sukarela menghalang tugas penjawat awam, anggota penguat kuasa MBPP dalam menjalankan fungsi awamnya apabila tidak memberi kerjasama ketika membuat rampasan barang niaga.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Tapak No 100, Jalan Penaga, Pasar Pagi Jelutong, dalam Daerah Timur Laut pada jam 9.20 pagi, 9 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas penguat kuasa MBPP di lokasi dan masa yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan denda RM1,500 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh kemudian membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan dua penjaja ketam nipah direman selama dua hari, bagi membantu siasatan susulan kekecohan membabitkan penguat kuasa MBPP di Pasar Pagi Jelutong.

Kejadian berlaku ketika operasi terhadap penjaja tanpa lesen yang membabitkan rampasan barangan.



Disiarkan pada: Mei 13, 2024 @ 10:08pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.226270 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list