CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14353|Reply: 5

[Tempatan] 12 maut, 60 cedera akibat papan iklan runtuh di India

[Copy link]
Post time 14-5-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode
12 maut, 60 cedera akibat papan iklan runtuh di India
bharian.com.my
Mei 14, 2024 @ 7:15am



Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) memeriksa kereta yang rosak teruk di tapak lokasi papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP


MUMBAI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai, kata pegawai semalam.

Sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.

Seorang inspektor Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), Gaurav Chauhan, berjata lapan mayat dikeluarkan dari sisa runtuhan manakala empat lagi mayat masih tertimbus di bawahnya.



Pekerja penyelamat memeriksa tapak di mana papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP


"Kami telah mengesan mayat mereka tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana pam petrol ini terlalu hampir dan keadaan amat membahayakan," katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, pihak berkuasa perbandaran berkata 60 orang telah diselamatkan dan dimasukkan ke hospital.

Papan iklan yang runtuh itu berukuran 70 kali 50 meter, menurut catatan di platform media sosial X oleh pasukan polis Mumbai.



Penduduk tempatan menyaksikan operasi menyelamat di tapak di mana papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP

Mumbai dilanda angin kencang disertai hujan dan ribut debu pada Khamis yang menumbangkan pokok serta menyebabkan bekalan elektrik terputus seketika di beberapa bahagian bandar, selain gangguan pada rangkaian kereta api di bandar itu.

Laporan media India berkata penerbangan digantung sementara di lapangan terbang antarabangsa bandar itu, membabitkan sekurang-kurangnya 15 pesawat.

Timbalan Ketua Menteri negeri Maharashtra,Devendra Fadnavis, berkata mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Rajawadi.

"Siasatan peringkat tinggi telah diarahkan ke atas tragedi itu," kata Fadnavis dalam catatan di X. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 09:22 AM | Show all posts

12 maut, 60 cedera akibat papan iklan runtuh di India

12 maut, 60 cedera akibat papan iklan runtuh di India

https://www.bharian.com.my/dunia ... lan-runtuh-di-india

Mei 14, 2024 @ 7:15am


Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) memeriksa kereta yang rosak teruk di tapak lokasi papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai, kata pegawai semalam.

Sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.

Seorang inspektor Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), Gaurav Chauhan, berjata lapan mayat dikeluarkan dari sisa runtuhan manakala empat lagi mayat masih tertimbus di bawahnya.


Pekerja penyelamat memeriksa tapak di mana papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP

"Kami telah mengesan mayat mereka tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana pam petrol ini terlalu hampir dan keadaan amat membahayakan," katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, pihak berkuasa perbandaran berkata 60 orang telah diselamatkan dan dimasukkan ke hospital.

Papan iklan yang runtuh itu berukuran 70 kali 50 meter, menurut catatan di platform media sosial X oleh pasukan polis Mumbai.


Penduduk tempatan menyaksikan operasi menyelamat di tapak di mana papan iklan runtuh di stesen minyak berikutan ribut debu di Mumbai. - Foto AFP

Mumbai dilanda angin kencang disertai hujan dan ribut debu pada Khamis yang menumbangkan pokok serta menyebabkan bekalan elektrik terputus seketika di beberapa bahagian bandar, selain gangguan pada rangkaian kereta api di bandar itu.

Laporan media India berkata penerbangan digantung sementara di lapangan terbang antarabangsa bandar itu, membabitkan sekurang-kurangnya 15 pesawat.

Timbalan Ketua Menteri negeri Maharashtra,Devendra Fadnavis, berkata mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Rajawadi.

"Siasatan peringkat tinggi telah diarahkan ke atas tragedi itu," kata Fadnavis dalam catatan di X. - AFP


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam Malaysia

- acik forum new delhi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerii..Mesti tiang besi billboard tu dah berkarat lama x buat maintanance
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ada menteri india yg hampir2 terlibat tak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Berita petang seram:14 terbunuh Papan Iklan Gergasi hempap stesen minyak semasa hujan ribut kencang

The billboard, measuring 70m by 50m, fell onto houses and a petrol station, trapping hundreds of people.




At least 14 people were killed when a giant billboard collapsed on a petrol station in Mumbai, India, during a dust storm on Monday, 13 May

According to Mumbai police, the billboard collapsed at about 4.30pm India time.

"A sudden storm and heavy rain led to a devastating incident. A metal girder from a billboard, sized 70m by 50m, collapsed at the railway petrol pump in Samta Colony, Ghatkopar East, injuring 37 people.

"Approximately 50 to 60 individuals are believed to still be trapped," said the Mumbai police.

The metal frame of the billboard pierced through the roofs of several cars at the petrol station.

All the cars, bikes, and people at the scene were trapped under the collapsed structure, an eyewitness said.


The terrifying scene was captured on video, showing the huge billboard swaying in the strong wind before collapsing

agency that owns the billboard did not have a permit from the city's civic body, Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) to put up the hoarding, the civic body said in a statement, as reported by Reuters.

The structure was nine times larger than the maximum permitted size for a hoarding, it said.

Meanwhile, Maharashtra Chief Minister Eknath Shinde said that he has ordered an investigation into the accident and instructed to file a homicide case against those responsible.

The dust storm also brought parts of the city to a standstill

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070357 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list