CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4494|Reply: 2

Rezeki Bella Astillah Melimpah-Ruah, Teruja Terima Hadiah Motor Skuter Elektrik. Bakal Jadi Duta GGR Motor

[Copy link]
Post time 15-5-2024 07:47 PM | Show all posts |Read mode




Rezeki pelakon dan penyanyi, Bella Astillah semakin melimpah-ruah selepas dilanda kemelut rumah tangga bersama penyanyi dan aktor, Aliff Aziz.


Selepas pulang daripada mewakili Malaysia untuk Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella menerima kejutan bakal dihadiahkan sebuah skuter elektrik pada penghujung bulan ini.


Pengumuman tersebut dibuat oleh peneraju GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi dan berhasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka.


"Saya nak beritahu GGR Motor akan hadiahkan sebuah motor skuter EV (electric vehicle) kepada Bella. Insya-Allah kami juga nak ambil Bella sebagai duta perempuan."


Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia menyatakan rasa syukur dan teruja dengan pemberian daripada pihak syarikat berkenaan.


Kata Bella, dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal bagi kegunaan harian untuk menghantar anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tujuh tahun ke sekolah.


Namun, hasratnya untuk membeli motosikal beberapa kali tertangguh atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.


"Alhamdulillah rezeki, saya anggap semua ini hadiah. Memang dah lama rancang nak beli tetapi asyik tertangguh rupanya ada rezeki yang datang."


"Rezeki anak-anak juga untuk Ayden dan Ara. Lepas ini, saya akan kongsi pengalaman hantar Ayden naik motor pergi sekolah. Dia mesti gembira."


Untuk rekod, hasil perkahwinan Bella dan Aliff, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lainnya sheols dalam kamera org lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana lainnya..sama je...comel je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.293579 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list