CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15994|Reply: 93

gosip bersawang: Ogy maksudkan kak Timah ke (yg pernah wat Saadiah nanges)?

[Copy link]
Post time 30-3-2011 10:11 AM | Show all posts |Read mode
saja nk tambah bara...hahaha.

aku beli mingguan and dalam panca indera ada story ogy...citer jerit perih dia jd anak seni..n ni beritanya, aku tepek

Sakit ditikam belakang

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

Fauziah Ahmad Daud

MENYIFATKAN perjalanannya dalam seni sepanjang 37 tahun banyak membantu dirinya ‘menggali’ hati budi orang di sekelilingnya. Ada yang memuja, mengeji, menghina, bahkan ada juga yang tidak menyokong karier seninya. Bagi pelakon Fauziah Ahmad Daud, di mata kasar dunia seni memang cukup gah dan glamor.

Tapi kalau diselami akan dapat merasai ranjau dan likunya. Justeru pemain seni perlu kuat semangat terutama saat berdepan dengan tohmahan dan kritikan yang membabitkan hasil kerja.

‘‘Saya lalui macam-macam episod suka dan duka. Bohonglah kalau saya cakap, saya tak pernah menangis sepanjang menjadi orang seni. Pada arwah mummy (Saadiah), saya luahkan seluruhnya. Tapi, apabila mummy sudah tiada, saya jadi lumpuh. Sebahagian semangat saya turut terbang sewaktu kehilangannya,’’ bicara awal Fauziah mengimbas kenangan bersama ibunya.

Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia pertama menerusi filem Ceritaku Ceritamu ini juga pantang melihat air mata ibunya.

Masih segar dalam ingatan Fauziah adalah dakwaan kurang bijak oleh rakan seperjuangannya dalam bidang seni.

Mereka mendakwa kebanyakan lakonan Fauziah keterlaluan. Individu yang dilihat cukup berjaya dalam menyampaikan falsafah hidupnya itu kerap kali mengganggu emosi ibu Fauziah.

‘‘Dia antara orang yang menyebabkan air mata ibu saya mengalir. Saya sendiri pun tak pernah berbuat sedemikian. Disebabkan terlalu pilu, saya dah memadamkan terus ingatan saya terhadap individu itu.

‘‘Tiada lagi dia dalam kamus hidup saya. Sebab dia tak pernah menyesal atas perbuatan dia. Saya tak tahu apa masalah dia. Berani dia dakwa saya pelakon berlebih-lebihan.

‘‘Tapi tahukah dia tentang kesan selepas kenyataannya diketahui umum. Saya dikata macam-macam oleh masyarakat. Tapi saya masih boleh bersabar.

‘‘Selepas itu, saya balas balik dakwaannya itu dengan mengatakan dia pelakon stereotaip, kemudiannya meminta maaf. Lepas itu, dia buat balik, cakap benda yang tak baik di belakang saya.

‘‘Perbuatan suka tikam dari belakang itu memang memeritkan. Dia gunakan saya sepenuh untuk kebaikan dia dan kemudiannya memburuk-burukkan saya’’ cerita Fauziah mengenai peristiwa hitam itu.

Arwah ibunya juga menyifatkan bahawa pelakon dan penerbit filem berkenaan tidak jujur menjalinkan persahabatan dengan Fauziah. Jadi, lebih baik Fauziah menjauhkan diri apatah lagi, sifat lahiriahnya tidak gemar bermusuh.

‘‘Saya tak boleh jadi hipokrit sebab itu bukan cara saya. Umpamanya kalau ada sebiji berlian, di dalam lumpur akan tetap bercahaya. Saya sesal kerana dakwaan itu mengaitkan mummy kerana dia paling banyak menggali potensi diri saya dalam bidang seni terutama lakonan,’’ katanya lagi.

Bagaimanapun, ada hikmah di sebalik peristiwa tersebut. Fauziah bersyukur kerana sehingga hari ini masih ada pihak yang menghargai hasil kerjanya.

Semuanya berkat amanah dan wasiat daripada mummy dan arwah ayah, Datuk Ahmad Daud yang kerap mengingatkan tentang perjuangan orang seni yang tidak boleh bersandarkan minat semata-mata. Perlu disertai ilmu dan rajin bergaul dengan tenaga mahir untuk menimba pengetahuan lebih mendalam.

Diva & primadona

Fauziah juga menafikan bersikap diva di atas limpahan populariti dan kemantapan lakonan hasil didik kedua-dua ibu bapanya sejak kecil.

‘‘Sebelum itu, ingin diperjelaskan bahawa diva bermaksud penyanyi drama yang disertai nyanyian dan muzik. Begitu juga dengan perkataan primadona yang lebih kurang maksudnya. Kedua-dua perkataan itu kurang sesuai buat saya yang kerjanya berlakon ini. Saya tak suka orang memandang saya dengan dua panggilan itu.

‘‘Tapi, saya lebih selesa kalau orang menggelar saya pelakon ‘method in character’. Sebab, saya akan mengkaji sesuatu watak yang diberi hingga roh watak itu bersatu dalam diri saya. Bila mana kesakitan dalaman yang saya rasai lebih sakit dari hirisan luka di luaran,’’ jelasnya.

Mengenai dakwaan dia seorang yang garang, Fauziah berkata, bukan garang tapi tegas sebab ramai pelakon sekarang yang main-main di lokasi.

“Saya dengar ada orang seram bekerja dengan saya. Jangan takut sebab saya tak akan keluarkan kata-kata yang kurang enak,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Fauziah, dia pantang kalau pelakon itu datang ke lokasi tanpa membuat persiapan.

“Kepada orang macam ini sudah pasti saya akan bertindak tegas sebab dia telah membuang masa saya,’’ jelasnya.


yg aku bold tu cam terang2 jek maksudkan eremeh kak timah kan? cam kebetulan jek coz belek 2,3 pages kuar story  party bogel utk besday kak timah...di panca indera gak..

apakah panca indera cuba jd batu api (cam aku ari ni?)

jom siasat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 10:15 AM | Show all posts
memang kat timah pun..cite lama pun nak ungkit...ish..ish..ish...nanti mula laa kak timah pun sentap..wartawan..oh watawan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:16 AM | Show all posts
dia x suka digelar primadona atau diva ok.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:23 AM | Show all posts
gosip tahun bila nih TT...byk sawang ngan habok...pluss..lom lahir lagi weolss...gituhh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:23 AM | Show all posts
by the way..sapo kak timah??..kak limah 'balik umah' aku kenallaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:25 AM | Show all posts
ntah apa2..benda dah btaun2...dah tua pun...dah pun btudung masih nk di ungkit2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 5# hunny_bunny


    erma patimah kot??correct me if i'm wrong.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:29 AM | Show all posts
by the way..sapo kak timah??..kak limah 'balik umah' aku kenallaa...
hunny_bunny Post at 30-3-2011 10:23



    aku pun kenal kak limah jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 10:30 AM | Show all posts
dah lam banget citer ni

sentap-gaduh between erma fatimah  n ogy

even dah di drama kan jugak
kesah depa gaduh2 ni

pengatin popular - tajuk drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:31 AM | Show all posts
tegas hakak ogy nie......
kak timah??? jiran blkng umah mak aku kotmerupakan wartawan kawasan perumahan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 9# chekshu


    owh.....kak erma patimah upernyer
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:38 AM | Show all posts
Bace statment dia kat suat kabo ari ahad dah tau dia ialah Erma Patimah.  Aala...itukan cite lame
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:41 AM | Show all posts
kak ogy maksudkan erma fatima.. dalam cerita pengantin popular tu ogy gelar erma pelakon over-acting, erma gelar ogy pelakon sterotaip..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:44 AM | Show all posts
aku pun suspect sesuatu bila dua2 story yg melibatkan erma fatimah dlm satu paper yg sama di hari Ahad

konspirasi kah?

tapi apsal tiba2 kak ogy bercerita balik pasal tu eh? kata dah padamkan ingatan tentang org itu, tapi duk canang lagi kat paper
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:44 AM | Show all posts
by the way..sapo kak timah??..kak limah 'balik umah' aku kenallaa...
hunny_bunny Post at 30-3-2011 10:23



    sian kak timah btaun2 dlm dunia lakonan...kak limah jgk org lebih ingat.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:45 AM | Show all posts
Memang betul apa.. Ogy klau berlakon berlebihan sgt. Kalau berlakon teater memang sesuai.

Jerit ler, pekik, ler nanes ler, lawak ler... semuanya berlebihan klau dia berlakon. Sgt-sgt nmpak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply 15# iza.moha


    motip nak kene igt sume org??...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:47 AM | Show all posts
lah.. aku ingat kak timah maner tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:50 AM | Show all posts
wartawan yangmelagakan2 nih khen ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:02 AM | Show all posts
patut tak payah dah tanya isu ni

tak pasal2 plak karang
both bertukar2 statement hangat kat paper
tu blom lagi melodi terjah

cukup2 lah - bergaduh ni
dan media pun
boleh ke.... tak tanya soalan bodoh zaman tok kadok tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068113 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list