CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5765|Reply: 8

‘Sidai’ Media 2 Jam, Putri Ariani Tak Profesional

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode






TINDAKAN pengurusan penyanyi Indonesia Putri Ariani enggan menyambung semula wawancara dengan media tempatan selepas majlis pengumuman Walker World Tour 2024 dianggap sebagai tidak profesional.


Menurut wakil penganjur, perkara tersebut disampaikan bapa kepada penyanyi yang popular menerusi program America’s Got Talent (AGT) itu tanpa sebarang alasan walaupun media sudah menunggu hampir dua jam.


Minta maaf, bapanya baru maklumkan Putri tak dapat bertemu media untuk menyambung semula sesi temu bual yang tertangguh tadi.


“Mereka pula tak maklumkan apa-apa, maaf,” katanya ketika ditemui HibGlam, hari ini.


Pada sesi sidang media bersempena konsert DJ EDM tersohor Alan Walker yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun depan, pemilik nama sebenarAriani Nisma Putri, 18, itu tampil sebagai penyanyi undangan.


Tidak sampai lima minit diwawancara, sesi temu bual terbabit terpaksa dihentikan selepas pengurusannya membawa penyanyi itu keluar dewan untuk makan selepas dikatakan tidak sempat bersarapan.


Namun wakil penganjur berjanji membawanya bertemu media semula bagi meneruskan wawancara yang tertangguh berhubung konsert di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon, nanti.


Nama Putri Ariani dikenali ramai selepas menyertai pertandingan pencarian bakat, Indonesia’s Got Talent musim kedua yang disiarkan stesen televisyen SCTV pada 2014.


Bakat penyanyi cacat penglihatan itu menjadi perhatian dunia selepas menghadiri uji bakat pertandingan AGT musim ke-18 untuk minggu kedua ketika membawakan lagu ciptaan sendiri berjudul Loneliess.


Tuah menyebelahi Putri apabila juri sensasi, Simon Cowell memberikannya ‘golden buzzer‘, sekali gus secara automatik melayakkannya mara ke pentas akhir pertandingan itu.


Sumber  – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 12:47 PM | Show all posts
Nama pun Walker World Tour. Bukannya Putri Ariani's.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 05:24 PM | Show all posts
Putri jawab bukan salah dia

Salah penganjur & promoter SBB bgtau dia sidang media dah selesai
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dari mereka yang hadir, katanya wartawan tak heran pun, gambar pun tak ambik. Bila Putri Ariana dah bergerk nak balik, baru wartawan terhegeh2 nak tanya soalan, dan ambik gambar. Lain kali, wartawan buat homework kat rumah, bukannya waktu press media baru nak bincang, nak tanya apa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 11:22 AM | Show all posts
nothing special pun...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 03:30 PM | Show all posts
tak tau apa yg terjadi sebenarnya...tapi suara dia ni mmg sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Who is putri Ariani? konoha jer bangga sakan dia bergandingan dgn Alan Walker.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba plak dak ala  walker ni batal konsert kt sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
suara sedap, pandai buat lagu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.322312 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list