CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10431|Reply: 20

Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

Shiloh mahu menukar nama pada usia 18 tahun.

ANAK pelakon Angelina Jolie iaitu Shiloh Jolie-Pitt secara rasmi membuat permohonan di mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya.

TMZ melaporkan Shiloh memfailkan permohonan itu pada 27 Mei lalu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

Tindakan menggugurkan nama keluarga bapanya iaitu Brat Pitt kerana Shiloh enggan lagi ada kaitan dengan aktor tersohor tersebut.



Angelina bersama lima orang anaknya.

Tidak hanya Shiloh, adiknya iaitu pasangan kembar Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, juga mahu membuang nama bapanya dalam pendaftaran.

Malah Vivienne telah memperkenalkan nama baharunya ketika menghadiri beberapa acara.

Sebelum ini, dua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, turut menggugurkan nama Brad.

Bagaimanapun mereka tidak memfailkan penukaran nama secara rasmi seperti dilakukan Shiloh.

Angelina dan Brad mendirikan rumah tangga pada 2014 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum mereka bercerai.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Pax Thien Jolie-Pitt, 20 tahun.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... an-dengan-brad-pitt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2024 04:56 PM | Show all posts
kenapa anak dia semua buang nama pitt, termasuk anak angkat juga. teruk sgt ke brad pitt? rasa jarang dgr org mengata perilaku buruk brad kecuali bau ketiak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 05:55 PM | Show all posts
_blackbird replied at 1-6-2024 04:56 PM
kenapa anak dia semua buang nama pitt, termasuk anak angkat juga. teruk sgt ke brad pitt? rasa jaran ...

ai teka sbb masalah ketagihan arak heols tu. Toxic pd anak2. Berapa ramai yg tersiksa membesar dgn bapa alcoholic ni kan. Teori lain kena brainwash dgn acik NG
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 05:59 PM | Show all posts
borrow replied at 1-6-2024 05:55 PM
ai teka sbb masalah ketagihan arak heols tu. Toxic pd anak2. Berapa ramai yg tersiksa membesar dgn ...

oo brad ada masalah alcoholism ke. maybe juga, angie tu pon boleh tahan toxic juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 08:00 PM | Show all posts
Edited by nuki12 at 1-6-2024 08:05 PM



Sbb kes assault & baran Brad pitt ke Shiloh nak buang nama?Ni Brad saman jolie psl vineyard pulak
Bad blood ex couple ni skrg


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 08:06 PM | Show all posts
Jolie pun manipulative / sly jua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2024 08:24 PM | Show all posts
_blackbird replied at 1-6-2024 05:59 PM
oo brad ada masalah alcoholism ke. maybe juga, angie tu pon boleh tahan toxic juga

a ah. Ada heols citer. Now katanya dh ok lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 08:56 PM | Show all posts
bcs brad pitt ni abbusive kat istri n anak,
ada kes brad pitt cekik dan tarik rambut anak dia kat private jet

maybe anak dia dah tak kuat how toxic brad pitt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ko lah brad pitt, perbuatan lama ko tu mungkin menghantui kehidupan anak2 smp sanggup nak buang nama bpk sendiri. Angie walaupun bkn baik mana tp x dinafikan sejenis Mak yg sanggup buat apa aje utk anak.
Okay pitt sila buat anak baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiloh ni sebenarnya masih berambut pjg atau dah berambut pendek balik mcm lelaki? Psalnya 2 hari lepas ada video dia menari mcm style kene sawan berambut pendek.

Apa2 pon untung Jenifer Aniston tu kene tgal dgn BP ni. Sekufu sgt AJ dgn BP. Bergasak la dua ekor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2024 07:41 AM | Show all posts
makita replied at 2-6-2024 05:22 PM
Shiloh ni sebenarnya masih berambut pjg atau dah berambut pendek balik mcm lelaki? Psalnya 2 hari le ...

dh lama pendek. Time pjg dulu pun , asyik style ikat sup bunjut je   
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 3-6-2024 07:41 AM
dh lama pendek. Time pjg dulu pun , asyik style ikat sup bunjut je

Ha kan. Sblom ni mmg ada nmpak rambut pendek, igt bideo lama. Kali ni mmg bideo baru sbb dlm E network.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiloh ini betul-betul muka acuan angelina jolie and bradd pitt sekejap guwe tengok rupa shiloh ini mcm bapanya kejap mcm mak dia.. Berbanding dua biological adik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 4-6-2024 05:51 PM
Shiloh ini betul-betul muka acuan angelina jolie and bradd pitt sekejap guwe tengok rupa shiloh ini  ...

Betul, I pun nampak macam tu, dia macam ada mix dua². Lawa Shiloh ni, antara anak selebriti yang cantik. Adik dia Vivienne jenis muka 'keras' sikit dan nampak banyak ikut muka Brad P, dah terbalik, kembar dia Knoxx tu pulak yang jenis muka soft sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 3-6-2024 07:41 AM
dh lama pendek. Time pjg dulu pun , asyik style ikat sup bunjut je

Sup bunjut terus uols bagi
Nampak la perempuan sikit masa rambut panjang walaupun asyik ikat sup bunjut, tak pernah nampak rambut lepas mengurai, mesti berganda cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 10:32 PM | Show all posts
delia3003 replied at 4-6-2024 09:58 PM
Sup bunjut terus uols bagi
Nampak la perempuan sikit masa rambut panjang walaupun asyik ikat  ...

kan , mesti lg lawa. Syg betul potong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Farnor at 5-6-2024 04:29 AM
delia3003 replied at 4-6-2024 09:54 PM
Betul, I pun nampak macam tu, dia macam ada mix dua². Lawa Shiloh ni, antara anak selebriti yang  ...


Yer nak banding dengan daughter Tom Cruise tu guwe lebih suka shiloh..muka dia unique sangat. vivienne version of Brad pitt manakala twin dia knox muka ikut c jolie.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tom cruise suri tu pun juga nak buang nama bapak dia kan? Teruk sgt rupanya actor2 legend ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:10 PM | Show all posts
tertonton dokumentari pasal pitt baru2 ni.. tak sangka dia ada alcoholic dgn drugs juga..nampak baik dan jarang dgr kisah jahat dia. drugs tu dia stop lepas dpt anak. pasal dlm private jet tu pun mmg tak sangka la..kesian AJ & anak2.. tapi padan muka juga sbb sondol pitt dr Jen. sib baik ko duduk US, kalau dok Msia, penat kau nak melayan acik netijen hari2 kecam kau penyondol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dh langsung tak peduli anak2 ler tu.. dh mcm pemberi benih jer.. anak sakit ke hape lgsg tak amik tahu.. tak guna punya bapak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.296021 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list