CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8323|Reply: 2

Perang! 5 diva dunia pilih membisu, membuta

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

LIMA bintang dunia ini kunci mulut isu Palestin dan Zionis.

DI gelanggang media sosial, timbul gerakan menggesa ramai selebriti popular atau A-list dunia keluar daripada ‘persembunyian’ dan bersuara tentang kesengsaraan dialami rakyat Palestin disebabkan kezaliman Zionis.

Disebabkan kempen atau gerakan Blockout 2024, semakin ramai selebriti yang tampil bersuara tentang penderitaan Palestin yang tidak habis-habis dizalimi Israel saban hari.

Antara insiden yang paling merobek hati berlaku baru-baru ini adalah viral video seorang lelaki mendukung kanak-kanak yang kepalanya sudah dipenggal.

Kelakuan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai dilakukan Israel Defense Forces (IDF).

Susulan itu, ramai selebriti yang bangkit daripada lena termasuklah Jessie J, Dua Lipa, Ariana Grande, Jenna Ortega dan Rina Sawayama.

Mereka tidak sanggup lagi untuk berdiam diri melihat kekejaman sesama manusia terutama terhadap golongan wanita dan kanak-kanak.

Gala minggu ini menyenaraikan lima diva ternama lain yang terus membisu demi menjaga periuk nasi masing-masing, meskipun tak luak dijamah perang.


    Sehingga kini, Beyonce memilih untuk tidak berkata apa-apa tentang kezaliman yang berlaku di bumi Palestin.

    BEYONCE (318 juta pengikut IG)

Merupakan antara penghibur paling berpengaruh dunia, Beyonce sehingga kini masih membisu tentang kezaliman yang berlaku di bumi Palestin. Tidak hanya dikecam ramai peminat kerana memilih tidak bersuara, sekitar November tahun lalu, pelantun lagu Crazy In Love itu juga pernah membikin geram ramai orang kerana meneruskan tayangan konsertnya berjudul Renaissance di Israel walaupun ketika itu sedang berlaku peperangan antara Palestin dan Zionis.


    Taylor dikecam sekelompok peminatnya, Swifties yang mengugut untuk tidak lagi mengikuti perkembangan muzikya disebabkan ketulian ditunjukkan terhadap isu kemanusiaan di Palestin.

    TAYLOR SWIFT (283 juta pengikut IG)

Antara pemuzik paling popular antarabangsa, Taylor Swift yang juga merupakan seorang bilionair menerima kecaman hebat daripada peminat yang kebanyakan mereka menyifatkan wanita itu sebagai pentingkan diri sendiri. Sehingga kini Swift masih membisu daripada memberikan sebarang komen tentang kesengsaraan Palestin, ada kelompok peminat yang tidak lagi mengikuti perkembangan muzik Taylor dan ‘bersara’ daripada fandom atau kelab peminat diberi nama Swifties.


    Pernah bersuara tentang isu perang antara Palestin dan Israel sekitar beberapa tahun lalu namun Rihanna memilih senyap dan fokus terhadap periuk nasinya sendiri sekarang.

    RIHANNA (151 juta pengikut IG)

Bukan hanya pemuzik bahkan seorang usahawan kosmetik berstatus bilionair, Rihanna sebenarnya pernah bersuara tentang kekejaman di bumi Palestin, namun itu semua dahulu iaitu sekitar tiga tahun lalu. Selepas insiden 7 Oktober, Rihanna langsung tidak bersuara tentang peperangan yang berlaku di bumi Anbiya itu. Sibuk dengan promosi produk kosmetik Fenty Beauty, mustahil Rihanna tidak sedar tentang apa yang berlaku di Palestin melainkan dia sendiri memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri.


    Antara selebriti yang lantang bersuara tentang isu kemanusiaan global namun apabila melibatkan kesengsaraan Palestin, Lady Gaga memilih jalan tidak langsung bersuara meskipun ramai wanita dan kanak-kanak dibunuh di Palestin.

    LADY GAGA (56.4 juta pengikut IG)

Sangat dikenali sebagai antara figura ternama global yang sering menyuarakan tentang ketidakadilan berlaku dalam kalangan manusia, satu perihal yang barangkali tidak mungkin disentuh Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta adalah berhubung kesengsaraan Palestin. Dilabel sebilangan peminat sebagai hipokrit, Gaga sehingga kini masih membisu tentang peperangan melibatkan Israel-Palestin. Masakan tidak, dia adalah antara individu yang berkempen untuk Presiden Joe Biden ketika bertanding untuk jawatan tersebut beberapa tahun sudah.


    Merupakan antara pemuzik Britain paling berjaya era ini, Adele langsung tidak bersuara tentang penderitaan ditanggung rakyat Palestin dan menjalani kehidupan seperti biasa sedangkan dia memiliki pengaruh global yang kuat.

    ADELE (56.5 juta pengikut IG)

Penyanyi Britain Adele juga antara selebriti papan atas dunia yang kekal menikus biarpun pembunuhan beramai-ramai berlaku di Palestin. Barangkali terikat dengan kontrak atau hanya menjaga periuk nasi sendiri, tidak ada sekalipun pelantun lagu Someone Like You itu bersuara tentang kebobrokan yang berlaku disebabkan Israel laknatullah. Pernah sekali viral kononnya Adele ada mengibarkan bendera Palestin dalam satu persembahan konsertnya, namun itu palsu semata-mata.

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ia-pekak-bisu-buta/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 11:02 AM | Show all posts
Semua meols dah block, including business & affiliate & fan page diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya x mengikuti pun diaorg ni walaupun tahu diaorg popular tp Kaka yg dah jd nenek ni mmg x cam pun manusia diva 5 ketul ni klu x ditunjuk gambar deme
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.342433 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list