CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7921|Reply: 7

Konsert jelajah dibatalkan, Jennifer Lopez beri alasan mahu bercuti bersama keluarga

[Copy link]
Post time 2-6-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Pihak penganjur menafikan tiket konsert JLo tidak laku.

PENYANYI Jennifer Lopez membatalkan konsert jelajah This Is Me... Live yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula 26 Jun ini.

Wakil penganjur konsert tersebut menjelaskan Jennifer, 54, mengambil keputusan membatalkan konsert jelajah Amerika Syarikat itu kerana mahu berehat bersama keluarga dan kenalan rapatnya.

Susulan itu, Jennifer atau JLo memohon maaf kepada semua peminat yang sudah pun membeli tiket menghadiri konsert tersebut.



Jennifer memohon maaf kepada semua pemianat

"Jennifer mengambil cuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Tidak mudah dia membuat keputusan itu dan dia memohon maaf kerana membatalkan konsert tersebut," kata wakil penganjur.

Dalam pada itu, Jennifer dalam satu kenyataan pula meminta peminat memahami keadaannya kerana terpaksa membatalkan konsert.

"Saya turut rasa sedih kerana mengecewakan anda, tapi saya harap semua faham keputusan ini tidak akan saya buat jika saya tidak rasakan ia perlu," jelasnya.


Bagaimanapun ramai merasakan alasan pembatalan konsert itu kerana Jennifer mahu bersama keluarga tidak logik.

Sebaliknya penjualan tiket yang rendah membuatkan pihak penganjur membatalkan keseluruhan konsert jelajah Jennifer.

Untuk rekod, Jennifer memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada menerusi lagu If You Had My Love pada tahun 1999.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... ti-bersama-keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya je ticket tak laku.kt us tu skrg quite intense. filem2  hollywood pun  slow.  xpe la akak jenab..mehla dtg msia buat konsert.last  time uols dtg sini x dapat pegi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 10:10 AM | Show all posts
nk fokus utk selamatkan marriage dgn ben ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 10:51 AM | Show all posts
Sbb kena cancelled kat X ke ?
Semua keji jlo kat X sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 05:11 PM | Show all posts
2024 bukan tahun jlo katanya
Concert cancelled,  movie flopped plus divorce lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:20 AM | Show all posts
tapi tengok dia banyak kena kecam ye dkt socmed. lagi2 tiktok tu. berjemaah kutuk dia ckp dia takde la friendly mana masa dia "from the block" dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 9-6-2024 05:11 PM
2024 bukan tahun jlo katanya
Concert cancelled,  movie flopped plus divorce lagi

Filem mana yg flop tu? atlas tu ke? ya ampun mmg boring ye. aku tgk first 15-20 minutes  pastu  tgk citer lain.x penah dibuat citer jlo tu aku buat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kertu lak acik JLo kat pic atassss sekali tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.383836 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list