CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11480|Reply: 22

Dua maut bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler di Bahau-Keratong

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode




ROMPIN – Dua orang maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Bahau-Keratong, di sini hari ini.


Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi itu, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia.


“Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi ia melibatkan 30 hingga 40 orang yang mana bas telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit.


“Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia dan mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah,”katanya di sini hari ini.


Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.


Katanya, pihak bomba mengeluarkan semua mangsa di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lawatan penanda aras ni.aku plg x suka ble kena g lawatan2 cmni. Peliknya mesti nk kena kluar dr negeri. Pdhal dlm daerah yg sme, ad je skolah yg bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa orang la agaknya cikgu yg masuk hospital.esok kat sekolah macam manala agaknya ramai cikgu yg mc.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis, padahal masing2 nak pegi langkawi. Melawat sekolah sekejap je, x sampai setengah hari.

Patut KPM haramkan lawatan penanda aras yang ada double meaning mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tu ada ambik cuti peristiwa kot esok. Biasa kalau nak jln jauh² ni gerak hari jumaat malam. Sampai semula ke melaka hari ahad malam.

Mesti kalut ni bila sekolah semula kalau majoriti guru ikut rombongan. Semoga yg cedera tu cpt sembuh dan salam takziah pada ahli keluarga 3 org yang maut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Risau lak nk p rombongan ke genting 21 Jun ni. Kalau dibatalkan rombongan tu nanti mmg I buat mkn2 utk org susah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 9-6-2024 03:17 PM
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis,  ...

Setuju dgn komen u. Kdg dlm daerah sendiri pon boleh buat lawatan penanda aras ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah seorang mangsa berumur 60 tahun. Tak sempat pencen. Mungkin tarikh lahir belum sampai lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu...tunggu la ecrl siap baru buat lawatan penanda aras luar negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 9-6-2024 05:48 PM
Salah seorang mangsa berumur 60 tahun. Tak sempat pencen. Mungkin tarikh lahir belum sampai lagi...

Katanya tarikh pencen 1/7 ni.

Dah 4 org meninggal dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 9-6-2024 03:17 PM
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis,  ...

Hahahahhahaha sepupu aku baru balik dari penanda aras. Tahu kat mana?  Medan, Indon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:39 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 9-6-2024 03:17 PM
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis,  ...

Yg decide destinasi tu sekolah ke? Semua perbelanjaan guna fund yg kerajaan bagi ke? Serious nak tahu




Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 9-6-2024 05:48 PM
Salah seorang mangsa berumur 60 tahun. Tak sempat pencen. Mungkin tarikh lahir belum sampai lagi...

ada baca katanya 01/07 ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 9-6-2024 11:39 PM
Yg decide destinasi tu sekolah ke? Semua perbelanjaan guna fund yg kerajaan bagi ke? Serious nak t ...

Sekolah yg tetapkan & dana dr kelab staf + topup sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 9-6-2024 11:39 PM
Yg decide destinasi tu sekolah ke? Semua perbelanjaan guna fund yg kerajaan bagi ke? Serious nak t ...

Duit sendri u. Sbnrnya lawatan penanda aras ni blh je buat dlm daerah masing2. Kita nk tgk skolah org kan. Tp biasa buat atas nama penanda aras, tp lebih ke nk bershopping/tgk tmpt org kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 9-6-2024 03:17 PM
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis,  ...

Yg x tahan tu..memaksa kot. Wajib pegi. Aku plg x suka nk g jauh2. Aku sejenis x suka travel ramai2. Nk tggu2 org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ya paksa wajib pergi kalo nama naik. skolh kami ada buat lawatan ke smk(c) kat kedah.
pergi 2 bas nk balik 1 bas rosak. sudah nya 1 bas jln dulu bwk cgu² yg ada urusan pagi isnin. bas ke 2 yg rosak tu sampai pkl 12  tengahari.. byk nya yg single lah .
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:45 AM | Show all posts
Ada la asbab nya knapa kemalangan ni jd....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:50 AM | Show all posts
Berlanggar macam mana? Berlanggar berdepan atau langgar belakang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-6-2024 07:42 AM
ya paksa wajib pergi kalo nama naik. skolh kami ada buat lawatan ke smk(c) kat kedah.
pergi 2 bas nk ...

Ikutkan sebenarnya bahaya kalau company trip ka, trip cikgu2 sekolah or any trip yg relate tempat kerja, bila semua naik pengangkutan yg sama. Risiko kalau berlaku kemalangan jiwa, company boleh tutup woo sbb majoriti pekerja di dlm tempat yg sama. Company SG dulu kalau company trip (jenjalan) akan pecah pd 5 group berbeza dan setiap group tu akan ada pelbagai level hierarki. This is part of pengurusan risiko company. So semua akan sampai di destinasi yg sama pada hari yg sama but dlm byk batches. X kisah lah trip dlm negara ke or luar negara…gittcheewwww
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071232 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list