CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10234|Reply: 10

52,000 orang mati akibat kebakaran hutan di negeri California

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode




LOS ANGELES, California  – Pencemaran udara akibat kebakaran hutan California membunuh lebih 52,000 orang dalam tempoh satu dekad, demikian menurut satu kajian baharu kelmarin.


Kawasan hutan dan padang rumput luas hangus pada setiap tahun di negeri itu, menyebabkan kemusnahan bernilai berjuta-juta dolar dan kadang kala meragut nyawa manusia.


Bagaimanapun, penyelidik-penyedilik berkata,  zarah halus yang dibebaskan akibat kebakaran hutan mendatangkan kesan amat buruk terhadap populasi manusia dengan kematian secara tidak langsung akibat faktor tersebut jauh lebih tinggi berbanding korban bencana kebakaran.


Kajian diketuai oleh Rachel Connolly dari Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati zarah halus pencemaran dinamakan PM2.5 kerana ia berukuran 2.5 mikrometer atau lebih halus, menjadi punca kematian berpuluh-puluh ribu orang.


Pasukan penyelidik itu menganalisis data dari 2008 hingga 2018 berhubung zarah PM2.5 yang dibebaskan oleh kebakaran hutan sahaja.


Mereka mendapati sekurang-kurangnya  52,480 kematian pramatang boleh dikaitkan dengan pencemaran udara akibat kebakaran hutan. Kos untuk merawat pesakit ini pula dianggarkan mencecah AS$432 bilion (RM2 trilion).


“Kepentingan pengurusan kebakaran hutan menjadi lebih mendesak pada dekad-dekad akan datang ketika iklim diramal lebih kering, menyebabkan lebih banyak rantau berdepan risiko kebakaran hutan,” kata pasukan penyelidik itu dalam kertas kajian yang disiarkan oleh jurnal Science Advances.


Kajian itu diumumkan ketika California dan kawasan lain di Amerika Barat dilanda gelombang haba pertama pada tahun ini.


Bacaan suhu 49 darjah Celsius direkodkan di kawasan lembah Death Valley  pada Khamis lalu. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh! Ingatkan dalam satu kebakaran. Nasib baik baca penuh dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu lagikan.mmng tak pernah terpadam ke atau berlaku kebakaran dengan kerap?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm td kot lg berkesan dari covid, ingatkan hanis haizi ada sekali dlm list terbakar tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Zarah halus ni memang bahaya. Punca kanser paru paru
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 9-6-2024 04:52 PM
Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm td kot lg berkesan dari covid, ingatkan hanis haizi ada sekali dlm lis ...

Iols terbayang lemak bakar je kalau hanis ni terbakar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat salah baca tp betul tp utk tmpoh sedekad rupanya.
bau asap mmg auto rsa nk marah. lemas
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cheh! Ingatkan kot 52k kematian tu dalam bencana terkini...dlm 10 tahun ghoper nya.


Dok la sibuk nak jadi polis dunia..baik la pikio masalah negara sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..

Camne deme selidik zarah2 kecik tu munuh org?

Mesia pun ada jahh jerebu, adakah org2 mati pramatang sbb zarah kecik tu? Sbb now antibeksin dok pompang sbb beksin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm  ...

i pun masa baca ni terus teringat nasib kak kepam LOL
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh terkejut baca. Rupenye sedekad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Update :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh individu yang dikenalinya. ! Anggota Polis Ditahan.Hilang Sejak 10 Julai, Pulis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
YgBenarUpdate :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh i
Views : 176065 Replies : 2928
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28473 Replies : 94
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 10002 Replies : 29
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 19913 Replies : 298
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38173 Replies : 298
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91947 Replies : 814
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 83982 Replies : 3738
Masyarakat kita lebih tertarik dengan kisah suami pukul isteri atau suami baran tapi kenapa bila suami tersakiti,orang tak peduli
YgBenarMasyarakat kita lebih tertarik dengan ki
Views : 14611 Replies : 15
Polis buru penunggang motosikal didakwa bonceng 'makhluk halus'
mojarean_XPolis buru penunggang motosikal didakwa
Views : 2222 Replies : 0
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan
mojarean_XJenazah Nur Farah Kartini selamat dikebu
Views : 2323 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.068801 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list