CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5656|Reply: 3

Harga barangan tidak akan meningkat berganda dengan penyasaran subsidi diesel - Penganalisis Ekonomi

[Copy link]
Post time 10-6-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: Langkah penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan tidak boleh dijadikan alasan untuk peniaga menaikkan harga barangan berlipat ganda.


Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, harga diesel terbaru iaitu RM3.35 seliter adalah mengikut harga pasaran yang diluluskan oleh kerajaan.


Katanya, malah harga baru itu juga dilaksanakan sewaktu harga minyak mentah dunia dikira rendah iaitu sekitar AS$75 setong (kira-kira RM353.84).


"Oleh itu, harga barangan sepatutnya tidaklah naik berganda kerana kerajaan memberikan subsidi kepada syarikat logistik dan pengangkutan yang terbabit.


"Ini bertujuan meminimumkan kenaikan harga barangan terutamanya barangan keperluan.


"Namun begitu, sudah pasti akan ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sebagai alasan peningkatan kos pengangkutan yang menyeluruh.


"Jadi, pemantauan ketat oleh agensi kerajaan harus dilaksanakan dan mereka perlu turun padang untuk memastikan kenaikan kos sara hidup tidak melarat," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, harga diesel terbaru RM3.35 seliter itu juga masih lagi antara terendah berbanding negara lain di Asia Tenggara, kecuali Brunei Darussalam.


Beliau berkata, harga yang lebih tinggi di negara lain mungkin disebabkan pelbagai faktor, antaranya seperti cukai tambahan daripada kerajaan, kos logistik serta faktor mata wang yang unik bergantung kepada negara masing-masing.


"Justeru, aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran akan menjadi amat berkurangan kerana jurang harga diesel Malaysia dan negara jiran tidak lagi terlalu jauh seperti sebelum ini," katanya.


Selain itu, beliau berkata, jangkaan kadar inflasi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk 2024 akan berada pada julat 2.0 ke 3.5 peratus, terutama kesan daripada pelaksanaan subsidi bersasar oleh kerajaan dalam menstrukturkan semula subsidi pukal negara.


Bagaimanapun, katanya, kebaikan utama penyasaran subsidi bagi jangka pendek adalah kepada kerajaan, iaitu dapat menstruktur semula ekonomi negara daripada perbelanjaan subsidi yang tinggi serta dapat meringankan beban kewangan dan menurunkan hutang negara.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 08:11 AM | Show all posts
SEMBANG....
BABI PUN MAMPU TERBANG.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:48 PM | Show all posts
entahlah prof. iols berpendirian utk tgk dan lihat. ckup masa, kita pangkah lah yg mana patut nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia naikkan harga boleh. Peniaga naikkan harga tak boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.191953 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list