CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5227|Reply: 2

Kes KK Supermart: Mahkamah tetapkan 15 Julai untuk mengetahui status representasi

[Copy link]
Post time 10-6-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode






Shah Alam: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan 15 Julai ini, untuk mengetahui status representasi dikemuka Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, untuk menarik balik semua pertuduhan dengan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.


Tarikh sama ditetapkan bagi representasi syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya atas tuduhan sama.


Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan representasi yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah diperoleh dan perlu diteliti.


"Dokumen terbabit masih di peringkat pertimbangan dan kajian, maka pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk tujuan berkenaan.


"Sekiranya tidak dibantah oleh pihak pembelaan, kami mencadangkan pada 15 Julai depan," kata Khairul Azreem selepas ditanya Muhamad Anas tempoh masa yang diperlukan.


Mendengar perkara itu, peguam, Datuk Rajpal Singh yang mewakili KK Chai atau nama sebenarnya Chai Kee Kan, 57, dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, tidak membantah perkara terbabit.


Untuk rekod, semua tertuduh mengemukakan representasi itu pada 17 Mei sementara AGC menerima dokumen terbabit pada 26 Mei lalu.


Selain Rajpal Singh, pembelaan bagi semua tertuduh diwakili peguam, Datuk David Gurupatham, Datuk RS Sodhi, Datuk Theng Book serta Lau Yi Leong.


Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding hari ini, Sodhi berkata, Chai dan isterinya serta syarikat menghantar representasi memohon pertuduhan terhadap anak guamnya ditarik balik.


"Anak guam saya tidak bersalah. Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai stoking itu dan mereka tidak membuat tempahan stoking tertera kalimah berkenaan.


"Mereka tidak berniat untuk menghina Islam dan menyakiti perasaan umat Islam," katanya.


Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh selaku pengarah Supermart & Superstore Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat seorang lelaki berusia 32 tahun.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Chai yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore Sdn Bhd turut didakwa atas pertuduhan sama.


Turut didakwa hari yang sama ialah syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Supermart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.


Mereka ialah Xin Jian Chang dan tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang atau kalah, tidak menjejaskan rakyat Muslim untuk terus boikot. Semoga dipermudahkan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt ES dh byk pendedahan psl kk mart ni. Rupanya kes stokin kalimah allah cuma tip of the iceberg je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 3217 Replies : 19
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38135 Replies : 296
Gadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wajar atau tidak zaman sekarang
YgBenarGadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wa
Views : 34632 Replies : 214
Update :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh individu yang dikenalinya. ! Anggota Polis Ditahan.Hilang Sejak 10 Julai, Pulis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
YgBenarUpdate :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh i
Views : 172164 Replies : 2845
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 19879 Replies : 294
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
mojarean_XTidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor ke
Views : 18010 Replies : 19
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31522 Replies : 210
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91925 Replies : 794
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28349 Replies : 92
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
mojarean_XWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan d
Views : 7183 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062357 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list