CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 18

[Tempatan] Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang

  [Copy link]
Post time 12-6-2024 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
12 Jun 2024 02:29pm

Seorang suri rumah dari Senawang tidak menyangka perkongsian tentang tanaman padi dalam pasu di halaman rumahnya menerusi TikTok pada penghujung Mei lepas, menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto Bernama

SEREMBAN - Seorang suri rumah dari Senawang tidak menyangka perkongsian tentang tanaman padi dalam pasu di halaman rumahnya menerusi TikTok pada penghujung Mei lepas, menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berkongsi kisah itu dengan Bernama, Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, berkata, dia menerima "direct message” (DM) daripada Tunku Azizah yang bertanyakan tentang kelengkapan untuk penanaman padi di dalam pasu, semasa bersiaran langsung di TikTok.

"Baginda meninggalkan beberapa soalan di ruang komen ketika saya sedang tunjukkan teknik menanam padi di dalam pasu. Antaranya, tuanku tanya di mana hendak beli rumah hijau dan saya syorkan rumah hijau yang saya guna.

"Memang tergamam bercampur teruja apabila terima DM tuanku itu,” katanya.

Siti Aai Shah menunjukkan hasil tuaian padi yang ditanam di dalam pasu di halaman rumahnya Taman Lavender Heights baru-baru ini. Foto Bernama

Menurut Siti Aai Shah lagi, dia sentiasa berkongsi perkembangan 50 pasu padi sawah dan sembilan pasu padi huma yang ditanam di halaman kediaman dua tingkatnya di Taman Lavender Heights, menerusi platform itu.

Menurutnya, beberapa hari selepas itu, Tunku Azizah sekali lagi menghantar DM, memaklumkan yang baginda telah membeli 60 biji pasu serta rumah hijau yang disyorkan olehnya.

"Antara lain, baginda bertanya sama ada betulkah rumah hijau yang dibeli itu, selain kenapa di dalam rumah hijau tersebut berasa panas, dan saya berikan penjelasan kepada baginda,” kata Siti Aai Shah.

Menurut ibu kepada lima anak itu, sebelum bergelar pencipta kandungan, dia pernah membuka kafe selain mengusahakan butik pakaian muslimah, namun tidak bertahan lama berikutan tekanan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Kini mempunyai puluhan ribu pengikut di TikTok, Instagram dan Facebook, Siti Aai Shah berkata, dia memulakan kegiatan 'bertani' itu pada Januari lepas dengan menanam strawberi, dan keseronokan timbul selepas melihat tanamannya 'menjadi'.

Siti Aai Shah memastikan padi yang ditanam di dalam pasu di halaman rumahnya dalam keadaan baik. Foto Bernama

"Sejak itu saya rasa seronok bergelar 'petani moden’ dan berkongsi ilmu dengan orang ramai,” katanya.

Tambahnya, setelah tanaman strawberi mengeluarkan hasil, dia mendapat permintaan daripada orang ramai untuk membeli anak pokok yang kemudian dijual pada harga RM15, selain turut menawarkan baja, benih dan racun serangga organik.
"Sebelum ini memang saya tanam strawberi tetapi tidak serius, Setelah menjadi suri rumah, saya mahu sibukkan diri dan fokus dengan menanam pokok ini. Saya lihat dalam tempoh tiga minggu pokok membesar dengan cepat dan membiak dari 10 pokok kepada 100 pokok pada Februari,” ujarnya.

Dia kemudian mengembangkan kegiatan itu kepada padi.

"Kos beli pasu, benih padi dan tanah hanya sekitar RM3 sepasu, manakala tempoh untuk tuai hasil adalah 90 hari. Penjagaan pula hanya perlu air, cahaya matahari dan baja,” katanya, menambah kesemua kelengkapan termasuk benih padi dibeli secara dalam talian.

Suri rumah Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, menunjukkan hasil tuaian padi yang ditanam di dalam pasu di halaman rumahnya Taman Lavender Heights baru-baru ini. Foto Bernama

Menurutnya, dia berjaya menuai 4.8 kilogram padi daripada 59 pasu berkenaan.

"Sekarang saya sedang tunggu mesin proses padi untuk dapatkan beras, dan ramai pengikut saya tidak sabar tunggu hasil,” ujarnya.

"Insya-Allah, apabila mesin itu sampai saya akan kongsikan perkembangan hasil beras itu nanti di TikTok,” katanya yang turut menjana pendapatan dengan mempromosi produk di platform dalam talian, iaitu di TikTok, Instagram dan Shopee. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 11:00 AM | Show all posts
wow
dekat 5kg padi
lps hempas2, buang hampas, mau dekat 3kg je kot

menarik jgk
tp mcm nk kena hadap hari2 je ni

xpe2...kita tgk hasil smpi jd dpt beras
dgn masak jadi nasik

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak makan nanti kena tumbuk la. Tak laratttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:23 AM | Show all posts
tanam padi beras basmathi  buleh tak agak2..

beras biasa beli jah...beras basmathi pusa gold jasmine tu mahai betull...udah le sedap beras tu..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:41 AM | Show all posts
okla untuk dia cuba2... sejak dah jadi suri rumah bolehla dia fokus bercucuk tanam..
aku pon suka bercucuk tanam ni.. seronok.. lebih2 lagi kalau hasilnya memberangsangkan.. tapi idokla aku nak tanam padi. Orang tanam padi berpetak2 pon.. beras kat rumah beli jugak.. tak berbaloi rasanya dengan space yg limited. lebih baik tanam sayur.. bole jugak jimat tak perlu beli sayur. compared to padi.. 9 bln tanam dapat 5kg..  masak 5 kg tu kalau aku tak sampai sebulan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Blakang umah aku ni byk padi tumbuh
Tp laki aku cabut² buang ja.
Asalnya bila repot ank pokok dia campoq sama sekam padi.
Tumbuh pulak ank padi semak pasu cabut buang lar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat hobi okla tapi mcm x berbaloi sbb 3 bulan baru dpt 3kg beras. Space yg ada baik tanam benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau medium tanaman. Kalau cocopeat sahaja ok ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 02:45 PM | Show all posts
Aktiviti yang sangat baik dan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 08:09 PM | Show all posts
dia ni mesti green thumb..tanam menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms den kecik, arwah ayah den tanam padi dibelakang rumah den..luasla juga utk 4-5 petak sederhana saiz...semua org xpercaya dan ragu2 sbb tanah situ org kata xsesuai utk penanaman padi...tp ayah den mmg diketahui seorg yg gigih dan rajin...bila berjaya..msg2 kagum...pastu ada juga nk tiru..tp xberjaya...ayah den pun sbnrnya suka2...tp dptla den merasa seronok dan indahnya pengalaman berharga sekali seumur hidup den..

Pastu padi dah keluar biji beras, burung2 pipit pun byk dtg, jd kene pasang jala hitam..pastu dpt tangkap burung pipit...mak den msk mcm2...bestnya la bila teringat...cuma ada juga letihnya...

Utk jdkan beras, lepas ketam dan kumpul byk2 dlm guni..pergi htr dekat kilang yg ada mesin proses, kenelah byr sikit...pastu dpt padi yg segar...makan pun sedap..sama jer mcm yg beli...ayah den rajin n kreatif, die buat pula alat utk menumbuk...guna kaki..den selalu main benda alah tu, jd ala2 tmpt excise...kenangan sungguh...lps tumbuk tu dptla mkn org panggil 'PIN' yg letak dan gaul dgn kelapa parut fresh....

Nostalgia betul...tp apa yg den blh katakan...benda kan terjadi klu ko btl2 rajin..lg, of cos, tangan ko menjadilah org kata..mak n ayh dan sorg akak den, mmg menjadi klu tanam apa2... Den????udahla mls pastu sedeyyy.... kehkehkeh dan utama of cosla, Allah SWT yg izinkan...huhuhu

Den bil teringat ...rs keseronokkan itu..tp bila dah tua bangka ni, bercampur dgn rs sayu...huhuhu...tp itulah secebis pengalaman hidup den...nyam nyam...sedapnyalah padi yg fresh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:46 PM | Show all posts
Apa-apa benda pun memang kena ada passion. Minat je kalau tak sesungguh memang payah. Rajin tu opkos la kang memasing jadi teratai layu di tasik madu..ah gitew.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 15-6-2024 03:06 PM
Ms den kecik, arwah ayah den tanam padi dibelakang rumah den..luasla juga utk 4-5 petak sederhana sa ...

Allah SWT jualah yang izinkan yisroel bedil rafah sissy. Thank to allah SWT kata ahlul yisroel kekdahnya sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rumah tu sejwnis pelahap nasik & ramai pulak rakyat jelata, tanam sendiri kalau kawasan kecik, mmg x berbaloi langsung. Kalau setakat hobi xde keje, makan pulak sejemput sejenis jaga body, ok je tanam. Iols tanam dlm bekas cat. Saja ngada nyusahkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru semai sepasu guna cocopeat. Benih padi huma kot.


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 13-6-2024 11:41 AM
okla untuk dia cuba2... sejak dah jadi suri rumah bolehla dia fokus bercucuk tanam..
aku pon suka be ...

Betul tak berbaloi, padi bukan tanaman tepi rmh, kena tnm dlm kwsn luas yg khusus. Teringat dulu ex mb kedah pernah suggest tnm pagi atas bumbong (some houses yg bumbong petak rata), walaupun org pertanian sendiri yg buat tapi akhirnya diberentikan sebab tak praktikal.

Tnm tepi rmh sayur ok lah utk mkn sendiri dan habis tak menjadi pun anggap ja mcm tnm pokok bunga, dpt jugak tgk cntik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 15-6-2024 03:06 PM
Ms den kecik, arwah ayah den tanam padi dibelakang rumah den..luasla juga utk 4-5 petak sederhana sa ...

Haha.. otak terbeku kejap apa menatang PIN tu, takkan pin number mesin atm kot . Emping lah namanya haha

Biasanya dulu org tnm padi pulut utk buat emping, mungkin lebih sedap. Takdak dah semua tu zaman lani.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nepal tempat ai tanam padi aman2 aja tarak jakun2 kejayaan apatah lagi bangla tanam sayur secara haram berhektar tarak jakun2 meraih kejayaan berbanding surirumah baru tanam sekangkang kera
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 15-6-2024 03:06 PM
Ms den kecik, arwah ayah den tanam padi dibelakang rumah den..luasla juga utk 4-5 petak sederhana sa ...

Macam mana rasa burung pipit tu? Selalu buat masakan apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.091452 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list