CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3765|Reply: 34

[Tempatan] CelcomDigi bayar RM139 juta kos pemberhentian pekerja

  [Copy link]
Post time 20-6-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
KORPORAT

CelcomDigi bayar RM139 juta kos pemberhentian pekerja

Wartawan BH
bhbiz@nstp.com.my

June 20, 2024 @ 1:39pm



CelcomDigi Bhd -NSTP/AZIAH AZMEE


KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd membayar kos pemberhentian pekerja bernilai RM139 juta yang membabitkan seramai 600 pekerja pada suku pertama 2024.

Penganalisis RHB Investment Bank, Jeffrey Tan, berkata langkah itu menyebabkan pendapatan sebelum faedah, rosot nilai, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) CelcomDigi susut 12 peratus suku ke suku, dengan jumlah pekerja dikurangkan kepada antara 3,500 hingga 3,700 orang.

"Dengan ini, ia dijangka mencatat penjimatan RM80 juta hingga RM90 juta menjelang akhir tahun ini, yang juga termasuk dalam nilai kasar sinergi RM700 juta yang diramalkan untuk tahun kewangan 2024," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Beliau berkata, fasa penyepaduan rangkaian CelcomDigi dilihat selesai hampir separuh dengan lebih 7,200 menara ditambah baik dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum 2025.

"CelcomDigi juga sudah mengurangkan bilangan pengedar utama kepada lapan daripada 16 selepas merombak semula saluran pengedarannya," katanya.

Syarikat telekomunikasi (telco) secara amnya berjaya menepati keputusan kewangan yang ditetapkan untuk suku tahun Mac lalu, dengan Axiata Bhd menjangkaui ramalan konsensus, sementara CelcomDigi tersasar.

Untuk suku tahun ini, prestasi dilihat menunjukkan trend yang lazimnya berlaku apabila hasil perkhidmatan mudah alih (MSR) susut 1.1 peratus suku ke suku.

Secara tahun ke tahun, MSR menokok 0.1 peratus dengan Maxis mencatat kenaikan lanjut dalam bahagian pasaran hasil (RMS) dan pada masa yang sama menyebabkan CelcomDigi kehilangan bahagian pasaran hasilnya.

Kenaikan ini berlaku disebabkan oleh pertumbuhan kukuh enam peratus tahun ke tahun dalam segmen pasca bayar.

Bahagian pasaran EBITDA untuk Maxis pula berkembang dua peratus suku ke suku kepada 41.4 peratus, dengan CelcomDigi mencatat penurunan kepada 58.6 peratus.

Purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) gabungan industri kekal tertekan, apabila mencatatkan penguncupan sebanyak empat peratus berbanding tahun lalu ekoran kekangan inflasi dan persaingan yang rancak.

Tiada pindaan dibuat ke atas bayangan prestasi syarikat telco untuk 2024, iaitu pertumbuhan pendapatan perkhidmatan angka tunggal rendah dengan EBITDA mendatar.

Dalam perkembangan lain, Tan berkata melalui kenyataan media yang dibuat pada 7 Jun lalu, Maxis mengulangi hasratnya untuk menyokong usaha peralihan kepada rangkaian 5G yang kedua, selain berkata bahawa pihaknya bersedia untuk melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA) itu dengan lebih awal.

Beliau berkata, kerajaan sudah menetapkan 21 Jun sebagai tarikh akhir untuk lima syarikat telco memuktamadkan SSA terbabit untuk pegangan saham gabungan sebanyak 70 peratus dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

"Dengan pemegangan saham dalam DNB ini, usaha pelancaran rangkaian 5G kedua dapat dimulakan, namun ia akan memakan masa di samping syarikat pencari akses masih dikehendaki menggunakan rangkaian DNB dalam jangka sederhana," katanya.


https://www.bharian.com.my/amp/b ... mberhentian-pekerja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 03:12 PM | Show all posts
Dah gabung dengan Digi pun, line Celcom tetap haukkkkkk!!!
Geram jer!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Retrenchment? Omaigod..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 20-6-2024 03:12 PM
Dah gabung dengan Digi pun, line Celcom tetap haukkkkkk!!!
Geram jer!

Mestilah.

Dahulu, satu tiang menara telekomunikasi untuk Celcom sahaja, sekarang dah kena kongsi berebut dengan pengguna Digi, memanglah jammed dan slow network tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:36 PM | Show all posts
maxis pun sama naik

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 05:45 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-6-2024 03:35 PM
Mestilah.

Dahulu, satu tiang menara telekomunikasi untuk Celcom sahaja, sekarang dah kena kongsi  ...

Punyalah setia dengan Celcom sampai 17 tahun dah guna, semakin lama semakin haukkk

Sebelum bergabung dengan Digi, kadang-kadang tu hauk lah jugak internet tak dapat walaupun full bar, ni lepas gabung lagi haukkk yang amat.

Servis tetap di takuk lama, patutlah ramai beralih arah ke telco lain.

Kesian pekerja kena berhenti sebab penggabungan dua syarikat ni, nak jimat perbelanjaan la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to the club
Kalau tak dpt kerja lagi daftar claim eis perkeso
Masukla umobile i setia umobile hehee
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 05:52 PM | Show all posts
Lepas gabung makin hauk...5G hauk...klu drop jd 4G tp apaa pn xleh buka, mcm line kena bar trus..

Eh zaman awal 2000 dlu klu jd edge ke gprs ke lambat mcm siput je loading xda lh smpai x boleh connect trus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 06:08 PM | Show all posts
aku dah tukar ke XO

by the way thread aku yang 50 sen celcom itu dah kena hapus oleh forum cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 06:08 PM | Show all posts
50 sen celcom kekal misteri
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
maxis pun makin hari makin siput.. tak tau la telco mana yg okay skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya yg kene retrench tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hauk nak mampos..husben pakai celcomdigi nie lah..aiol maxis..serupa bercakap ayam dan itik jah..sebab line husben aiol putus2 bila bercakap..naik darah sgt2 bila kita penat bercakap rupanya cakap sorg2..pihak sana x dengar apa..kalau dengar pon putus2 jah..lansung x paham apa aiol ckp..budus tol..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lak Digi.. dulu herlok clear sejak gabung hauk
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 20-6-2024 06:08 PM
aku dah tukar ke XO

by the way thread aku yang 50 sen celcom itu dah kena hapus oleh forum cari

OneXOX.  Kalau XO tu, varian durian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aa masaalah dgn telco kt msia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 07:21 PM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 06:11 PM
maxis pun makin hari makin siput.. tak tau la telco mana yg okay skrg ni.

yaa sama

hari tu satu taman out maxis.. dah la home fibre pun out jugak,  line tipon pun 1 bar

our residential area mmg sign up dgn maxis je as provider , kenot use others

bila call , maxis mmg kata satu area tu abes down

hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai yoodo under celcom 29/8 ni dorg nk discontinue so kena la pilih nk pakai celcomdigi atau terminate pakai no lain zzz
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 20-6-2024 07:43 PM
Aku pakai yoodo under celcom 29/8 ni dorg nk discontinue so kena la pilih nk pakai celcomdigi atau t ...

Wak kasi kat Pasir Gudang ni lepas dah combine Dua kompeni pon reception /signal mcm babi.

Mmg babi sesangat celcomdigi di Pasir Gudang.

Nak byr nasi ayam pakai e wallet pon satu kerja kene keluar kedai jolok2 phone ke langit utk dpt signal.

Babi btol la celcomdigi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke acik forum yg part of this retrenchment? Nak tau gak pakej diorg bagi ok tak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gambar iklan produknya pun..
akido_kidoGambar iklan produknya pun..
Views : 4920 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 265821 Replies : 6662
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9182 Replies : 39
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8048 Replies : 31
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10730 Replies : 46
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11496 Replies : 86
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 1111 Replies : 0
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 8905 Replies : 16
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 8144 Replies : 46
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6277 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.332852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list